29 April 2011

::Perpisahan Yang Terjadi ::



Assalamualaikum.


Tengok tajuk. Macam putus cinta je kan. Tapi ini bukan lah pasal orang bercinta ke apa. Cuma nak cerita tentang kawan kawan masa belajar. Tiba tiba jadi teringat dekat dorang semua. Sedih lah. Lepas ni tak dapat jumpa lagi. Kalau diri ini bukan seorang yang dilupakan. Mungkin boleh jumpa balik. Ukhuwah yang tak kan dapat dipisahkan.



Sem satu :)



Sem akhir :)



Bagaimana nak hadapi perpisahan ini? Bertahun tahun berkongsi rasa yang sama. Suka yang tak terkata. Duka yang sukar dibicara. Marah yang tak terhingga. Boleh lupa ke? Tidak.


Kenangan kan. Mana boleh dilupakan. Kena marah dengan pensyarah lah. Copy paste assignment tu, jangan cakap lah. Boleh dijadikan satu hobi. *jangan ikut.  Huh. Kenangan yang tidak dapat dilupakan sampai bila bila.   





Ini sahaja yang dapat dikongsikan. Nak cerita banyak pun tak tahu nak tulis apa. Idea terbang kemana tak tahu lah.


Untuk kawan kawan ku.
Harap kita semua dapat apa yang kita impikan. Apa yang kita nak dari mula. Semoga dipermudahkan. Maafkan diri ini. Andai ada salah silap selama kita bersama. In Sha Allah. Ada jodoh kita jumpa lagi. Kahwin jangan lupa jemput tau. Hehe



Ikhlas dari :
gadisberlesungpipitdua :)







28 April 2011

:: HAI ::

Assalamualaikum.

Selamat datang ke Blog Sis :)

Blog ni lama dah menyepi. Banyak cerita yang dah di 'Draf' kan atas sebab sebab tertentu. Haha! Nak delete terus sayang. Tapi bila baca balik. Ya Allah. Allah je tahu apa yang ada dalam hati ni. Terlalu banyak yang dilalui kan. Mana boleh lupa.


Kepada kalian semua. Sudi sudi kan lah melawat blog hakak yang tak seberapa ni tau. Mana tau dari sini kita boleh kongsikan apa patut.


Okay. Terima Kasih.


Salam perkenalan.


Ikhlas dari :
Cik fizzah,
gadisberlesungpipitdua :)