17 Disember 2012

..: Nak Kutuk Biar Beradap ! :..

Assalamualaikum

Nak pukul 2.00 pagi dah. Tapi mata tetap tak boleh lelap. Susah kalau berterusan camni. erm. Panggilan kawan yang ditunggu dari tadi tak pulak berkunjung. Bila aku dah layan mimpi sambil wat taik mata baru lah ada panggilan masuk. 

Personal appearance ! Penting ?  Harus lah kan. Sangat sangat. Cantek ke kita bila penampilan selekeh? Tak kan . So, sebelum ditegur, kita lah kena berubah dulukan. Tapi kemas ke kita selekeh ke. Kalau Tuhan dah bagi ? Camne ?

Aku paling pantang kalau orang nak cakap pasal seseorang tu berkaitan dengan luaran dia. Hello. Saya tak pernah kutuk orang okey ! Hey. Excuse me! Ada ke orang yang tak pernah kutuk orang? Walau you all kata you all orang baik baik pun. Mesti ada sikit terkutuk kan. Sebagai contoh : Macam bagus je kau !


Tak kisah lah pernah kutuk ke. Terkutuk ke. ?Janji tetap kutuk okey ! Tapi bagi aku penampilan sangat sensitive untuk dikutukkan. Lagi lagi benda yang berkaitan ngan original. Kan. Harus mengakulah !


Biasalah manusia. Orang tu gelap (better use gelap than black ) pun salah. Putih lebih sikit pon salah. Badan besar, muka panjang, pipi tak licin, gigi tak bersusun, bontot tonggek pon kecoh. Semuanya macam satu bala untuk orang lain. Ada je nak disebuut.


Tak baik okey.  Kalau tak puas hati pun, nak gak kutuk orang. Jangan lah  nak sentuh  bab tu. :) Sensitive lah.  


Contohlah. ada yang sedang mengutuk ni. Alah. Dia bajet cantek je. Padahal tak cantek mane pun. Hello. Kalau ada orang cakap camtu kat kau apa perasaan? How? Ibarat campak taik kat muka sendirlah kan. Sila malu. 


So. Benda ni tak patut dibangkitkan. Macam tak pernah pergi sekolahkan. Sokseksoksek. Benda tu je yang diketengahkan. Sokseksoksek. Tu jelah ayatnya. Cuba lah kutuk sebab errr.. Sebab orang tu tak hafal sifir sembilan ke. Patut kan. Sebab sifir sembilah lah paling senang. Hanya menggunakan jari je. Kan ?


Bagi lelaki lak. Kewangan merupakan issue sensitive . Jangan lah kau cakap dia jantan tak berduit. Memang nak makan lempang lah kan. Tapi bagi aku lelaki tak ada masalah dalam kutuk mengutuk ni. Bukan tak ada langsung. Ada je okey. Kalau dah start kutuk tu boleh tahan gak.

And ada yang kutuk dress up orang lain. Ada je yang tak kena. Tapi dia tak tahu di belakangnya kawankawan dok gelakkan dia punya fashion yang serupa pokok pisang. Ha. Sapa nak menjawab?





Dari memekak cam bagus je baik diam! Lebih elok.

Sapa makan cili dia yang rasa pedas. Sory kalau terkena batang hidung sapa sapa. Sekadar berkongsi.


nota kaki : Allah dah jadikan manusia sempurna sangat. Jadi bersyukurlah. :)






16 Disember 2012

..: First Date ? :..

Assalamualaikum 

Hai korang korang ! Rajin Fyza menaip harini. Semuanya bersebab okay. Dah la tak suka menunggu. Ni semua gara gara pensyarah Fyza yang nak sangat jumpa harini. Last last dia gie meeting. Hahaha. Puan memang suka buat lawak kan.



Kalau cakap awal kan senang. Tak adalah  terpacak  macam tiang elektrik kat sini kan. Huh. Tekanan okey. Disebabkan tak nak membuang masa . Macam biasa lah kan singgah disini. :p

First date?

Why? Why? Why? 

Memang kena ada first date kan. Kalau tak macam mana nak kenal orang tu kan. Tapi biasanya first date ni semua nya manis manis belaka. Walaupon kadang kadang date yang dianggap istemewa bertukar wajah apabila keadaan menjadi huru hara. Dalam istilah lain. Bergaduh lah tu. Kan. Biasa. Semua orang alami. Gaduh gaduh manja gitu. Ye tak ? Baik korang angguk je. Key.



Nak dijadikan cerita . Masa Fyza dok merewang kat tepi jalan tadi. Adalah terdengar dalam masa yang sama curi curi dengar perbualan dua budak perempuan ni. Pasal firts date. Ni dialog dorang .


A : Jadi first date kau malam ni?
B : Jadi. Asal?
A : Saja aku tanya.
B : Tapi aku takut lah. Risau. Dahlah tak kenal.
A : rilex lah. Tak ada pape pon. okey.
And bla blabla bla :)


Rasanya budak budak ni baru belasan tahun . Dari segi percakapan dorang memang dah nampak sangat. Ofcos lah Fyza cakap camtu sebab Fyza dah puluhan tahun. Kan. Ye dak ?


Sapa sapa yang melalui first date ni memang tak payah cakap lah. Compom kelu lidah nak berbicara kan. Haha. Macam Fyza lah. Diajukan sepuluh  soalan. Jawab nya satu je. Tu pun sebab terpaksa. Mana tak nya. Lelaki tu admire Fyza weh. Admire kau pun suka kat kau. Tak ke bisu terus. Hahaha . Haha. Just suka suka. Tak pulak nak serius. PEraaan kan. Suka suka datang suka syka pergi. Hehe


So, bagi sapa sapa yang menghadapi atau melalui first date ni. Pastikan korang jangan lah jumpa berdua. Yelah . Kalau yang kenal tak apa lah jugak. Yang baru nak kenal nie. Selama ni tak pernah bersua muka . Berhati hati sikit. Seberani berani seorang perempuan. Sekuat mana pun . Tetap perempuan okey. Ditekan kan lagi. Tetap perempuan. Jadi beringat.


Tetiba teringat ngan kisah seorang member. Couple dah enambulan tapi dalam phone je. Masa die gie jumpa lelaki ni Fyza pun ada sekali. First date lah. So kitorang jumpa kat tempat yang dijanjikan. Time ni member minta Fyza gi duduk mana mana dulu. Yela. Lagi pun tak nak diganggu kan. Dan akan jumpa selepas satu jam. So Fyza pun melangkah pergi lah. Jalan jalan. Cuci mata.


Tapi tak sampai setengah jam. Member Fyza ni dah text. Dia suruh buat ayat pape supaya boleh gerak secepat mungkin. So,macam pelik lah kan. Baru dating dah nak gerak kan. Bila ditanya rupanya tangan lelaki tu dah merayap! Huh. Kuang ajar.


Bayangkan camna Fyza terpaksa berlakon. Buat muka cemas. Dalam masa yang sama kelang kabut. SO Fyza cakap ngan laki tu ada kecemasan dirumah dan kena pulang segera. Awalnya lelaki tu taknak lepas kan member Fyza. Dia pandang pun tak puas hati. Macam nak ditelannya hidup hidup. Sebab kita ganggu dia nak raba lah tu. Tapi apa peduli. Keselamatan kawan lagi penting. Kan.


Fyza terus tarik tangan kawan then lari sekuat hati. Tahan teksi dan naik. (time time camni kenderaan awam amat berguna ) Alhamdulillah. Selamat. Fyza pun sempat pandang lelaki tu. Dia memang tengah kejar kitorang. Sejak kejadian tu. Member Fyza terus tukar nombor. Taknak dikesan lagi.


Ha. Dapat tak pengajaran disitu. Ingat senang nak jumpa orang yang baru kenal ni. Susah. Kadang kadang dorang ni nak kita layan nafsu dorang je. Kan. Yes ! Memang ada yang niat baik. Tapi kita kena fikir yang tak baik dulu kan. So berhati hati lah. Sayangi diri anda sebelum menyayangi orang lain. Okey. :)





 Agak agak first date ade malu malu camni tak? Kihkihkih :)




Xoxo.
gadisberlesungpipitdua:)






20 Oktober 2012

A.B.C & LAICIKANG - Tasik Darul Aman Jitra Kedah

Assalamualaikum.


Arini berlangsungnya perlawanan bola sepak diantara Kelantan ngan ATM. Yeahhhh ! Buat masa nie dua sama. Tak tau yang mana akan menang. Kalau ATM menang memang habislah budak kelantan dalam rumah Fyza ni. Tiga lawan satu. Kalau Kelantan kalah memang kena bahan lah dia. Sekarang ni pun riuh rendah dibuatnya. Selamat lah Fyza tak join. Fyza bukan lah peminat bola sepak. So duduk saja dalam bilik sambil baca novel.HEHE.


Ooohh. Cakap pasal novel ni kan. Fyza kadang kadang tertanya tanya pada diri sendiri ni. Kenapa lah gemar sangat baca novel padahal esok ada test ni. Bagi Fyza novel yang patut di habis kan dulu. HUHU. Teruk.Tp itulah minat kan. Haha !


So, bercerita pasal tajuk tu, Petang tadi tak ada benda nak buat. Bosan yang teramat, so ambil keputusan jogging . Konon nak keluarkan peluh lah cerita dia kan.


Tempat yang dituju tak lain tak bukan tasik Darul Aman je. Tak jauh dari rumah. Dekat pun dekat. Tapi kena naik motor or kereta juga. Nak tunggu jalan kaki, baik lupa kan. Hehe .Situ memang  tempat orang melepak, bersantai dan  macam macam lah. Nak ke Alor Star jauh lah pulak. Malas.


Dekat sini pun terlampau ramai sangat orang. Kadang kadang boleh jumpa Pensyarah dengan anak beranak dia. Hehe. Kalau yang mana tengah dating tu, Habislah kan. Kantoi sudah. Haha. Tapi tulah. Situ je tempat yang boleh menghabiskan masa dengan keluarga. Kan.


Tapi satu je lah yang menarik minat Fyza. Kalau  ke sana mesti nak singgah satu kedai nie. ABC dieeee peeeehhhh. Sedap sangat. Dak dak rumah pun suka. Memang terbaiklah. :)





 ABC ICe Krim Vs Laicikang Bandung

 Senyum :))



Kalau dah perkena ABC mesti ditemani keropok leko. Baru lengkap beb. Sambil sambil dok pandang gelagat orangkan.Memang seronok lah. HAHAHA


Lagi satu. Yang patut Fyza akui disini. First time  rasa laicikang. HAHA. KAlau tak tak pernah tau pun. Dengar orang sebut je. Tp not bad lah. Rasanya sedap sangat. Pasti nak lagi lah. Konon.



Sebenarnya tak ada lah nak keluarkan peluh sangat. Fikir nak singgah sini je. Hehe. Perangai sangat kau kan Fyza. :P



Okey , cerita tak ada lah menarik sangat yang nak dikongsi. Saja mengisi masa lapang. Hehe. Lagipun lepas ni akan busy sikit. Yelaaahh. Perbentangan projek esok dengan isnin. Harap harap projek group Fyza dapat menambat hati Panel. :) Harap harap Fyza dan kawan kawan berjaya dengan jayanya. Amin.

And now. Masa untuk aku mengadap buku KAWALAN MOTOR AU! Esok test! adoi.
Jom study jom.




Okay bye.
gadisberlesungpipitdua:)


29 September 2012

..: Super Senior :..

Assalamualaikum 


Tengah syok syok tidoq dalam keadaan ujan yang sangat lebat di bumi Jitra ni, terganggu. Gara gara classmate tanye ade kelas tak. Huh. Punya lah aku gtau semalam. Tak dengar ek? HAHAHA. Tapi tak pe. Aku maafkan. Bagus gak bangun awal ni, bolehlah aku jadi suri rumah sebentar. :p Kemas bilik, sapu sampah, basuh kain, masak dan lain lain. Tu je lah tugas aku hari hari.


Kuliah strt pukul duabelas. So ada mase lagi aku nak wat sume tuh. Rajin kan? heee Minggu ni minggu yang sangat santai. Satu hari ada satu kelas je. Seronok. Yang lagi seronok bile dapat tau sume kelas akan diganti. Okey ! Ganti. Padan muka lah. Ingat Lecturer nak bagi cuti free ke? Memang tak okey !


So, ni entry ringkas sahaja sementara tunggu kul 11.00 :))









Kami lah Super Senior ! Yeaaahh ! 


Notakaki: Taip rabu lepas. Baru nak published. Maaf :))

16 Ogos 2012

..: Iftar | Ikan Bakar Kuala Perlis :..

Assalamualaikum


Baru baru ni, berpeluang berbuka puasa b'ramai ramai dengan rakan rakan DET 6E. Xde pon ramai yang join. Dalam 14 orang je termasuk aku. :)) Xdirancang pon. Asalnya aku saje nak antar balik member aku yang dok Perlis tuh. Tapi alang alang main tangkap muat jelah. Ajak 2, 3 orang je. Dak laki. Tau tau dowg dok bawak sekampung. :p


 Tengok tu, Bermoto moto. hehehe

So, dalam kul 4.00 ptg, sume berkumpul kat admin taman siswa UUM. Tapi cam biase lah. Tak kan semua datang tepat tepat kul 4.00. HEHE. Lelaki pon bersiap lambat gak. HAHAHA. Yang tak boleh blah, bila kol ade yang yang baru bangun tido. Tak pe tak pe. Dimaafkan. Hari cuti kan.


Bila sume dah ade, kami dok bncanglah nak makan kat mane. Bila dah punya kata sepakat, lokasi yang dipilih adelah kat Kuala Perlis. Ikan bakar.


Konvoi lah ke Kuala Perlis. Ada dalam 10 moto gak yang follow. Best sangat sangat. Kami sampai dalm kul 6 gak lah. Nak patah gak pnggang dok lame lame atas moto. HEHE


Sampai sampai je kat Kuala Perlis, Mesti wat perkara wajib dulukan. Solat asar kat masjid yang berdekatan. Lepas je solat ape lagi. Mesti bergambar lah. Lagi lagi dak kelas aku yang lelaki memang gile bergambar.

Jom tengok !!


Kami Student Det 6E

Sume kelantan kecuali yang baju biru tu je.. Kedah.





3 Dara :))

Kelantan , Kuala Lumpur, Perlis



Lepas puas bergambar, kitowg pon g ke meja makan lah. Dah nak bbuke.




Makanan yang lazat lazat. Sangat meriah yer. Dan harga pon sangat berpatutan. :)) ! kepala rm20. Okey ape. Makan macam macam bayar rm20 je. Dapat diskaun lagi. Terima kasih akak kedai. HEHE


Lepas habis bbuke pose, ktowg terus balik  ke Jitra. Nak shoppng kat Perlis pon xleh. KAt sini pekan mati. So kedai tutp sblum kul 7. Tu yang xbest. HOHOHO


Ape ape pon aku sngt seronok kerana dapat menghabiskan masa ngn kawan kawan tersayang. Memang seronok.  KAwan kawan yang ikut ni memang terbaik lah!



Tengok tu. Aku dikelilingi oleh orang kelantan :))

Mereka yang sangat memahami.
Mereka yang sangat baik!!


Nota Kaki : ramai dah balik kampung! Tiket aku esok. Sedih sedih.:(


30 Jun 2012

UNO Cafe - Alor Star Mall Kedah

Assalamualaikum


Hari ini 30 Jun 2012. Betul ke? Kalau ragu ragu, pergi tengok sendiri kelander korang. Takut takut ada yang salah tarikh kan? Bukan  nak buat lawak but ini adalah kenyataan. Lagi lagi yang duduk umah tak ada wat pape kan? Mane ingat tarikh tarikh ni. :)


Just i want to share pasal satu restaurant ni. Memang banyak lagi restaurant yang menarik but restaurant nie special sikit. Nama dia UNO CAFE. The first time was like 5 bulan lepas . Selepas menjejakkan kaki di Kedah. :) Kalau tak silap, boleh dikatakan 5,6 kali gak lah Fyza ke sini. Biasalah bila dah duduk rumah sewa. Serumah pula dengan budak budak yang menggila. Memang tak da tempat lain nak ditujunya. Sini je la. :p Makan makan makan.










If you feel like want eat something expensive, you can come have UNO CAFE di Alor Star Mall. :p

Actually the price is not that expensive LAH!! But for me, it very cheap LAH !! LOL. I cannot go everday to kind of place! dont have money. HAHA. Tapi aku akn gie every Saturday. Tapi if ada yang mahu belanja, as long i didnt pay, i just bring my stomach and eat!! HAHA


So menarik? Boleh lah try ye.


Itu saja.


Bye.
gadisberlesungpipitdua:)


8 Mac 2012

..: K . A . M . I :..

Assalamualaikum ..

Pehhh. Lama sangat tak mengadap dairi den ni. Rindu lah aiii. Hehe. Keadaan tak mengizinkan kita bertemu ye sayang :p sebab busy yang teramat. Tak menang tangan dibuatnya.  Al maklum lah dah bergelar student balik kan. So hadap lah kan . Hehe.


Sebelum melalut panjang lebar. Fyza nak minta ampun dan maaf yer pada follower. Maaf tak sempat nak jelajah blog kalian. Dan tak sempat nak follow balik. Im sorry :) Tapi segala kesulitan segera diatasi nah. And terima kasig banyak banyak. Walaupun lama menyepi still ada yang singgah sini yer. Thanks a lot :)


Just want share with you. My roommade at Jitra Kedah.


Selepas beberapa bulan pulun kuis test, segala bagai kan, konon nak bawa diri lah. Nak ketenangan. Makanya kami berempat terjah ke Perlis. Huhhu ! First time jejak perlis. So batak sikit nah. Hahahhahaha -tuju kat diri sendiri okay-








 
 :)) kami suke bgmbr..







Model tangga :)






Time nak balik singgah dulu depan ni :0 hehe

 :) :) :)



Tak ada yang ,menarik pon. Just bawa diri ke perlis naik kancil ronda ronda. Penat balik jitra. Hehe. Tapi banyak kenangan time ni. Camne kereta rosak tepi jalan. Nak cabut tayar lagi. Huh. Macam macam.


Buat budak rumah Fyza. Thanks untuk harini ye sayang sayang. Ada masa kita berjalan lagi yer. :) hehehe



Thanks sudi singgah sini.

:)

gadisberlesungpipitdua:)