20 Oktober 2012

A.B.C & LAICIKANG - Tasik Darul Aman Jitra Kedah

Assalamualaikum.


Arini berlangsungnya perlawanan bola sepak diantara Kelantan ngan ATM. Yeahhhh ! Buat masa nie dua sama. Tak tau yang mana akan menang. Kalau ATM menang memang habislah budak kelantan dalam rumah Fyza ni. Tiga lawan satu. Kalau Kelantan kalah memang kena bahan lah dia. Sekarang ni pun riuh rendah dibuatnya. Selamat lah Fyza tak join. Fyza bukan lah peminat bola sepak. So duduk saja dalam bilik sambil baca novel.HEHE.


Ooohh. Cakap pasal novel ni kan. Fyza kadang kadang tertanya tanya pada diri sendiri ni. Kenapa lah gemar sangat baca novel padahal esok ada test ni. Bagi Fyza novel yang patut di habis kan dulu. HUHU. Teruk.Tp itulah minat kan. Haha !


So, bercerita pasal tajuk tu, Petang tadi tak ada benda nak buat. Bosan yang teramat, so ambil keputusan jogging . Konon nak keluarkan peluh lah cerita dia kan.


Tempat yang dituju tak lain tak bukan tasik Darul Aman je. Tak jauh dari rumah. Dekat pun dekat. Tapi kena naik motor or kereta juga. Nak tunggu jalan kaki, baik lupa kan. Hehe .Situ memang  tempat orang melepak, bersantai dan  macam macam lah. Nak ke Alor Star jauh lah pulak. Malas.


Dekat sini pun terlampau ramai sangat orang. Kadang kadang boleh jumpa Pensyarah dengan anak beranak dia. Hehe. Kalau yang mana tengah dating tu, Habislah kan. Kantoi sudah. Haha. Tapi tulah. Situ je tempat yang boleh menghabiskan masa dengan keluarga. Kan.


Tapi satu je lah yang menarik minat Fyza. Kalau  ke sana mesti nak singgah satu kedai nie. ABC dieeee peeeehhhh. Sedap sangat. Dak dak rumah pun suka. Memang terbaiklah. :)





 ABC ICe Krim Vs Laicikang Bandung

 Senyum :))



Kalau dah perkena ABC mesti ditemani keropok leko. Baru lengkap beb. Sambil sambil dok pandang gelagat orangkan.Memang seronok lah. HAHAHA


Lagi satu. Yang patut Fyza akui disini. First time  rasa laicikang. HAHA. KAlau tak tak pernah tau pun. Dengar orang sebut je. Tp not bad lah. Rasanya sedap sangat. Pasti nak lagi lah. Konon.



Sebenarnya tak ada lah nak keluarkan peluh sangat. Fikir nak singgah sini je. Hehe. Perangai sangat kau kan Fyza. :P



Okey , cerita tak ada lah menarik sangat yang nak dikongsi. Saja mengisi masa lapang. Hehe. Lagipun lepas ni akan busy sikit. Yelaaahh. Perbentangan projek esok dengan isnin. Harap harap projek group Fyza dapat menambat hati Panel. :) Harap harap Fyza dan kawan kawan berjaya dengan jayanya. Amin.

And now. Masa untuk aku mengadap buku KAWALAN MOTOR AU! Esok test! adoi.
Jom study jom.




Okay bye.
gadisberlesungpipitdua:)