17 Disember 2012

..: Nak Kutuk Biar Beradap ! :..

Assalamualaikum

Nak pukul 2.00 pagi dah. Tapi mata tetap tak boleh lelap. Susah kalau berterusan camni. erm. Panggilan kawan yang ditunggu dari tadi tak pulak berkunjung. Bila aku dah layan mimpi sambil wat taik mata baru lah ada panggilan masuk. 

Personal appearance ! Penting ?  Harus lah kan. Sangat sangat. Cantek ke kita bila penampilan selekeh? Tak kan . So, sebelum ditegur, kita lah kena berubah dulukan. Tapi kemas ke kita selekeh ke. Kalau Tuhan dah bagi ? Camne ?

Aku paling pantang kalau orang nak cakap pasal seseorang tu berkaitan dengan luaran dia. Hello. Saya tak pernah kutuk orang okey ! Hey. Excuse me! Ada ke orang yang tak pernah kutuk orang? Walau you all kata you all orang baik baik pun. Mesti ada sikit terkutuk kan. Sebagai contoh : Macam bagus je kau !


Tak kisah lah pernah kutuk ke. Terkutuk ke. ?Janji tetap kutuk okey ! Tapi bagi aku penampilan sangat sensitive untuk dikutukkan. Lagi lagi benda yang berkaitan ngan original. Kan. Harus mengakulah !


Biasalah manusia. Orang tu gelap (better use gelap than black ) pun salah. Putih lebih sikit pon salah. Badan besar, muka panjang, pipi tak licin, gigi tak bersusun, bontot tonggek pon kecoh. Semuanya macam satu bala untuk orang lain. Ada je nak disebuut.


Tak baik okey.  Kalau tak puas hati pun, nak gak kutuk orang. Jangan lah  nak sentuh  bab tu. :) Sensitive lah.  


Contohlah. ada yang sedang mengutuk ni. Alah. Dia bajet cantek je. Padahal tak cantek mane pun. Hello. Kalau ada orang cakap camtu kat kau apa perasaan? How? Ibarat campak taik kat muka sendirlah kan. Sila malu. 


So. Benda ni tak patut dibangkitkan. Macam tak pernah pergi sekolahkan. Sokseksoksek. Benda tu je yang diketengahkan. Sokseksoksek. Tu jelah ayatnya. Cuba lah kutuk sebab errr.. Sebab orang tu tak hafal sifir sembilan ke. Patut kan. Sebab sifir sembilah lah paling senang. Hanya menggunakan jari je. Kan ?


Bagi lelaki lak. Kewangan merupakan issue sensitive . Jangan lah kau cakap dia jantan tak berduit. Memang nak makan lempang lah kan. Tapi bagi aku lelaki tak ada masalah dalam kutuk mengutuk ni. Bukan tak ada langsung. Ada je okey. Kalau dah start kutuk tu boleh tahan gak.

And ada yang kutuk dress up orang lain. Ada je yang tak kena. Tapi dia tak tahu di belakangnya kawankawan dok gelakkan dia punya fashion yang serupa pokok pisang. Ha. Sapa nak menjawab?





Dari memekak cam bagus je baik diam! Lebih elok.

Sapa makan cili dia yang rasa pedas. Sory kalau terkena batang hidung sapa sapa. Sekadar berkongsi.


nota kaki : Allah dah jadikan manusia sempurna sangat. Jadi bersyukurlah. :)






Tiada ulasan: