22 September 2015

Bukit Saga dan Air Terjun

Assalamualaikum semua.



Banyak entry yang masih di draf kan. Bila nak publish pun tak tahu bila. 


Harini nak cerita sikit pasal Bukit Saga.Ini merupakan kali kedua Fyza terjah kesini. Kali pertama pergi pun, penghujung tahun lepas. Hampir setahun juga lah tak pergi kan. Ikut perancangan tahun lepas, nak pergi Bukit Broga, tapi lepas dengar cerita abang abang dari company sebelah pasal bukit saga. Pasal air terjun lah. Mak aihhh.. Tahap teruja  tak dapat dibendung lagi lah. Hahaha!


Fyza memang minat mendaki. Kalau boleh nak pergi tempat yang dekat dekat jelah. Nak pergi yang jauh tu, bukan tak boleh. Cuma nya tak tahu nak naik apa je. :P Lagi pun, nak dapat pelepasan dari mak abah, biasanya jarang dapat. Hehe.


Sambung cerita. Masa tahun lepas memang hampa. Tak jumpa langsung air terjun. Tapi kali ni, memang berazam, nak sangat tengok air terjut. Walaupun Dorang kata air terjut tu kecik je. Tak besar mana pun. Tak kisah! Janji misi kali ni tercapai. 

Ecececehhhhh.


Kali ni, budak office Fyza tak join pun. Tapi disebabkan keinginan membuak buak, Fyza tetap nak pergi. Walaupun hanya berdua. Thanks Ayu. (best dapat kawan yang minatnya sama dengan kita). 

Ahad. 30 August 2015 (7.30pagi)

Pendakian bermula. Tak ramai orang pun. Berbanding tahun lepas. Mungkin semua orang join Bersih 4 kot. Haha! Jangan marah. :p 





Kalau ikutkan dari gambar diatas, masa yang diambil untuk smpai ke air terjun adalah 10-15 minit tanpa rehat/ berhenti. :)


Time Fyza sampai sini, barulah terserempak dengan dua orang pendaki. Kalau tak, tak nampak sesiapa pon. Dalam hati memang risau yang teramat. Dua orang pendaki pon ramah juga. Siap borak borak lagi. Dia yang cakap "dalam 10-15minit sampai ke air terjun". Kalau ikut masa Fyza, mahu setengah jam atau lebih. Penat! Lama tak mendaki kan.

Okay. Last sebelum tutup cerita.

Alhamdulillah. Misi Fyza untuk sampai ke tempat air terjun, tercapai. Banyak juga gambar yang diambil. Tapi malangnya terdelete! Hampa. Niat di hati, mesti pergi lagi. :)


Nanti sambung lagi lah. bye.


Cik Fizzah,
gadisberlesungpipitdua :)


1 Ogos 2015

Happy birthday to you!

Assalamualaikum!


Happy birthday to u,
Happy birthday to u,
Happy birthday to hasrahayu,
Happy birthday to uuu..


Ayu! Selamat hari lahir yg ke dua puluh empat u.semoga panjang umur, murah rezeki , semoga dapat jodoh yang baik, semoga sentiasa dilindungi oleh -Nya.. Amin! Dan sentiasa sayangkan fyza tau!


:)


Mata dah minta rehat. Tak dapat nak taip panjang lebar. Hehe.


Babai!

Ikhlas dari ;
Gadisberlesungpipitdua :)