31 Disember 2016

Bye bye

Assalamualaikum &hello Everyone ! ❤

 

Ianya semakin hampir.  Semakin dekat untuk menutup tirainya.  


2016 !


Kenangan , pengajaran , pengalaman yang terlalu banyak dan sukar dilupakan.


Dimana,


Yang diharapkan tak dapat, yang tak diduga datang mendekat. 


Kehidupan.


Percaturan Tuhan. Alhamdulillah.

Sabar itu indah ❤.


2017 😊



Please make me more more happiness ! In Sha Allah. Amin !


Yeahhh . *taksabar 😂


Bye .
Gadisberlesungpipitdua:)

11 Disember 2016

Cik f1224h dari Perlis ke Pulau Pinang

Assalamualaikum.❤




Sambungan dari Entry sebelum ini. Siapa yang baca tu , mesti lah tahu apa yang Cik f1224h bakal bebelkan. Ye tak ?  Hehe. Pada yang belum baca tu. Macam biasa. Just TEKAN NI :) ye.




Misi mencari penginapan sekitar Perlis. Al maklum lah tak biasa datang Perlis. Selok belok dekat sini pun tak berapa nak tahu. Last datang tahun 2012. Empat tahun dah masa berlalu. Dan empat tahun tu juga menyebabkan ingatan ini semakin merundum ke camne tak tahu la. Haa.  *merepek je keje.:p




Pusing punya pusing. Akhirnya Zafri bersuara. Jom jela balik KL. What ? Huh. Penat berangkut, penat lagi tak tidur lagi last last balik KL? Ohhh noo. Tapi dari wajah Zaf tu, serius. Memang tekad nak balik KL je. Maybe dah mati kutu nak fikir tidur mana. Ye tak? Okay faham.*keadaan menjadi senyap seketika.



Perjalanan diteruskan sampailah perhentian Gurun. Rehat sebentar. Dan lagi sekali kitorang mandi dalam toiled. (hari yang sama waktu yang berbeza. Dua kali mandi kat sini ye. Hehe. Pengalaman yang tak akan dilupakan.



So, lepas je solat maghrib, kitorang teruskan perjalanan. Sampai lah dah masuk ke Pulau Pinang. Bila Zaf bersuara lagi. Jom g makan. Lapar. Dan kitorang pulak bersuara. Jom makan ikan siakap. Wah. Masa ni semua dah berangan ikan siakap masak ape tau. Haha. Dan akhirnya sampailah disini. 









Teh Ais. Nasi putih. Ikan siakap tiga rasa. Sotong goreng tepung. Sayur kailan goreng belacan. Telur dadar. Tiga orang punya makan. Itu sahaja. Yes ! Siap. Jemput makan ye. :)


Fyza tak ingat pula apa nama kedai ni, and dekat mana. Hehe. Nama dia cam pelik je. :p



Macam biasa lah. Bila perut memasing dah penuh, tahap mengantuk pun dah tiba. Menguap memanjang. Lagi lagi dah masa pukul 11. Memang mengharapkan bantal, tilam la ye. Hehe. Akhirnya kami sebulat suara untuk stay sebentar di butterworth . 



Nak cari bilik time camni bukan mudah. Untung ada internet. Tanya pakcik google la. Last last dapat. Dengan harga yang berpatutan okay la ye untuk tidur mandi kan.





Keesokkan harinya. Khamis . 24.11.16.




Selesai je solat subuh, try waze Bukit Bendera. Nak tengok jauh ke tak.Tengok tengok , Dalam 40minit je. Tempat ni Fyza nak sangat pergi. Alhamdulillah. Nurol and Zaf penuhi pemintaan Fyza. Thanks korang.






Zaf yang tolong amik gambar ni. Cantik kan? :)



Ni pun kali kedua Fyza jejak bukit bendera. Banyak betul penambahannya. Salah satu nya lock ni la. Sesuai untuk orang yang honeymoon or tengah hangat bercinta. Nak acah acah lock lock nama pasangan boleh la buat.


Fyza lak tak tahu nak tulis nama siapa. Hahahaha.



Banyak lagi gambar yang diambil. Dari perbagai sudut. Tapi gaya memanjang sama. So malas la nak letak dalam ni . Haha.



Walaupun time yang Fyza and kekawan g ni, waktu bekerja. Bukit Bendera tetap padat okay. Kena beratur panjang. Train pun lambat sampai. Kena menunggu lagi. Selamat lah Zaf tak merungut. Yela. Lelaki kan. Mana nak hadap sangat tempat tempat camni. Kita yang perempuan je beria. Hehe. Apa apa pun thank you Zaf !




So nak jalan lama lama pun tak boleh. Bila tengok langit dah mendung. Baik lah kita beransur pulang ye. Nak turun dari Bukit Bendera ni pun kena beratur juga. Ramai laaa orang.



Bila dah turun, mesti perut lapar kan. Apa lagi. JalanjalanIsiPerutf1224h la ye. Hehe. Makan je keje Dak Fyza ni ye.:p


Dekat Penang ni, makanan best dia adalah nasi kandaq and pasaboq. So, ronda ronda lah cari tempat makan yang sedap.  Last last jumpa lah dekat Padang Kota Lama. 



First time Fyza makan pasaboq. Memang sedap pon. 




Before gerak tu, bergambar la kejap dekat tepi ni. Cantik sangat pemandangan dia. Nak lepak lama lama tak dapat. Perjalanan nak ke KL masih jauh kan. So, batalkan jelah niat tu.




So, impian Nurol nak ke Gua Kelam ,Perlis tercapai. Fyza nk ke Bukit Bendera pun tercapai juga. Agaknya apa impian Zhafri ye?



Huh. Zaf nak sangat makan nasi kandar. Tapi kitorang tak dapat lah nak penuhi impian dia tu. Cuaca tak mengizinkan. Nak mencari pun tak tahu nak cari kat mana. Masa ni pun dah pukul 3.30 petang. Kalau lambat gerak, lambat lah sampai KL ye. Sorry ye Zaf. :(



Lain kali kita p lagi ye. Huhu.





Itu saja nak cerita. :)


Bye
gadisberlesungpipitdua:)







9 Disember 2016

Cik f1224h Berlari | Ice Watch Night Run

Assalamualaikum and Hello everyone. 😍


03.12.2016 (Sabtu ) 

Lokasi : Plaza Shah Alam




Rasanya agak lambat tak untuk menaip kisah ni? Hampir seminggu juga dah berlalu ye. Lambat betul kan. Hehe.



So, nak cerita sikit la. Sabtu lepas Fyza terlibat dalam larian ICE-WATCH - Light Up The Night Run 2016. Ini bukan lah kali pertama Fyza terlibat dalam larian tau. Sebelum ni banyak juga. Cuma nya ,ini kali pertama Fyza berlari waktu malam. Excited kaw ! 




Yang paling excited, ICE-WATCH - Light Up The Night Run 2016 memberi peluang kepada setiap pelari memilih sendiri T-Shirt larian mengikut warna kegemaran . Terdapat tujuh warna yang ditawarkan iaitu, : biru, hijau,merah, merah jambu, oren, unggu dan kuning. Fyza pilih merah jambu. (warna favorite tu) 😊 



Before ni, kalau terlibat dengan mana mana acara larian, biasanya Fyza pergi sorang sorang je. #solorunner giwtuuu. Kali ni Fyza bawa kawan. Yela, malam kan. Nak dapat perlepasan dari Mak Abah tu susah. Hehe.



Larian yang bermula di kawasan hadapan Plaza Shah Alam dan berakhir disitu juga sejauh 5KM dan 10KM. Korang boleh lah pilih jarak larian yang sesuai untuk korang. Macam Fyza pilih 5km je. Lari suka suka (banyak berjalan sebenarnya) :p




First time nampak iklan Ice -Watch ni dekat Facebook, rasa betul betul teruja. Dalam hati nak sangat join. Mungkin dah namanya rezeki, dua hari sebelum nak g amik baju, Fyza dapat mesej dari staff Ice Watch kot. Yang Fyza ni dapat cabutan bertuah. Alhamdulillah. Tapi mula mula tu macam tak percaya la. Bila time nak amik baju tu, baru lah percaya. Tak sangka sangat. Alhamdulillah.




Tak kisah la kalau orang cakap kat luar pun boleh dapat jam macam ni. I dapat kat butik dorang wehh. So? Murah ke mahal ke, bukan senang orang nak bagi free tau. Alhamdulillah, bersyukur sangat tau :)



5km nampak macam dekat je kan. Hakikatnya Fyza amik masa dalam sejam juga nak menghabiskan larian tu. Ingatkan boleh la balik cepat, tapi tak. Nak amik medal pun beratur panjang sangat. Huhu. Kena la menunggu. Mujur ada geng sembang. Menyembang je kijo dio. Haha.





Alhamdulillah, settle 5km run. 


Okay, running juga merupakan hobi yang sering Fyza lakukan untuk mengisi masa lapang. So korang, agak agak tak de benda nak buat, boleh nak join mana mana run ye. Best tau. Semua orang boleh join, Yang plus size tak dikecualikan tau. Fyza tengok ramai je join. Yeahhh. Tahniah buat kalian. :)



Peringatan disini. Memang, kadangkala orang akan cakap, ala rileks la 5km aje pun tapi bukan calang calang orang yang ada semangat nak berlari okay. So berbangga lah dengan diri korang yang berjaya menghabiskan setiap larian. Yeahhhh. Tahniah lagi sekali. :)



Okay, Time collect baju tu, dia ada bagi beg. Dalam tu ada macam macam tau termasuk voucher jam RM99.00 . Normal price RM699.00 ! OMG ! Jimat 600 kannn. So time ni, rezeki Fyza lagi, satu voucher boleh guna lebih dari satu. Apa lagi, Fyza borong la. Hehe. Rezeki Allah. Alhamdulillah.



Okay, selesai untuk Ice Watch night Run and selesai juga memborong jam jam ni. Hehe. In Sha Allah, kalau ada lagi tahun depan , nak join lagi. Hehe.



Thanks for reading.

Bye.
gadisberlesungpipitdua:)





3 Disember 2016

Cik f1224h | Inns J Cafe


Assalamualaikum and Hello everyone ! ❤


Port dickson adalah tempat yang tak asing lagi bagi Fyza. Yela. Kampung fyza kan. Belah mak. Dalam setahun kerap lah balik kesini. Hihi. Okay dah. Mukadimah je tu. :)


Minggu lepas, pagi ahad tu Fyza ada kerja sikit dekat satu company ni di Melaka. Dari pukul 830-10 am. Nak balik KL awal lagi kan. Makanya singgah lah kejap kat PD tu. Konon nak tengok laut. 


Yes! Selain daripada hutan, laut dan pantai adalah tempat yang paling mendamaikan buat Fyza. Setiap kali tengok laut ni, tahap eksaited tu terlebih.

Suka naw tulis nama dekat pasir.

Lepas jalan jalan , snap picture dua tiga.(konon la dua tiga) Apa lagi. Cari tempat makan la. 


Bila dah biasa lepak Cafe. Then suka cuba tempat makanan yang baru. Fyza pon menggedik lah search kat google. 


"Cafe Hipster Port Dickson" 


Pappppp ! Terus keluar nama Cafe ni tau. Kemain kau. Nak Cafe Hipster je. Haha. Dah alang alang dekat PD kan. Biar gempak sikit makan tu. Ehcehcehhhh.


Dari tempat Fyza nak ke cafe ni amik masa 10 minit je. Apa lagi, singgah lah ye. Dekat jekan. Perut pun minta diisi.


So nak cari tempat dia ni senang je. Just waze "Inns J Cafe" . Memang dia akan hantar terus sampai depan Cafe ni.



Signboard Cafe yang besar gedabak ni sangat membantu. Dari seberang jalan pun dah nampak. Memang terbaik lah.


Sampai je kat sini, memang dah tertarik dengan kawasan dia. Design and deco Inns J Cafe ni menarik tau. Dekat luar biasa biasa je tau. Masuk dalam. Pehhhhhh. Canteknya Cafe ni.



Fyza order Spaghetti Bolognaise - RM15.50 , Dengan Iced Chocolate - RM7.90
Kawan Fyza lak - Grilled Chicken Chop bersama Sos Black Pepper - RM14.50, dengan Hazelnut Latte - RM9.90


Tengok harga dia. Berbaloi kan. Tak sampai RM50.. Wahhh. Kalau cafe cafe lain kt KL tu harga gini kan best. Hehe. *macam gaji banyak je nak makan tempat gini selalu. Huhu. Nangis jap !

Menu Cafe ni, menarik. Dan gambar gambar yang ditonjolkan membantu. So, tak de lah nak tanya tanya kan. 



And makanan minuman sampai sama dengan gambar tau. So. Perfect bukan? Ermm. Rasa?  Sedap ke tak ? Hehe. Tengok dalam gambar pun dah nampak sedap. Bila rasa setiap makanan minuman yang Fyza order tu, Walawehhhh. Sedap nya. Serius. Tak tipu okay. Memang sedap. Lagi lagi Chicken chop Black pepper sauce tu. Kawan Fyza kata nak repeat lagi. Hihi. Nak repeat boleh, tapi jangan lupa bawak Fyza. Hahahaha *gelak jahat !




Tengok cantik je lukisan ni, Fyza pun menyebok la nak bergambar. Hehe.



Halal ke tidak? Dari apa yang Fyza baca dari blog lain, semuanya menyatakan Inns J Cafe ni halal. Tanpa rasa ragu ragu Fyza pun singgah la. Kalau ragu ragu, baik jangan okay.



Nak singgah Inns J Cafe Port Dickson tak ? Kalau nak, waze la alamat ni ye.:)



Inns J Cafe
Alamat : No.1, Taman Lukut Indah, Lukut , Port Dickson. (landmark Petronas Lukut)

Waktu operasi : 11 pagi – 11 malam
No. tel : 06-651 0522



nota kaki : Menaip sambil layan lagu Bukan Cinta 1 atau 2 dari Gamma 1.

Bye.❤
gadisberlesungpipitdua:)






2 Disember 2016

Cik f1224h ke Perlis

Assalamualaikum.


Biasanya penghujung tahun ni mesti ramai yang join trip yang best best kan. Holidays ! Lain pulak dengan Cik Fyza. :( Cuti dah habis. Mana nak berjalan sana sini. Pergi jelah kerja macam biasa. Huhu.



Hujung bulan November haritu, kebetulan Fyza and dua orang lagi kawan Fyza (Nurol and Zafri) kena wakil kan Boss untuk menghadiri lawatan tapak (site visit) di satu company simen di Perlis. Boss pulak bagi kebenaran untuk bermalam  satu hari di sana. Dah alang alang boleh lah bekerja sambil makan angin ye tak ? 



So, nak dijadikan cerita, site visit tu hari rabu pukul 10 pagi. So pukul 12.30 pagi Fyza dah bertolak dengan kawan Fyza bertemankan Si kacak (kereta saga) . Alhamdulillah. Jauh saga berjalan yer sayang. Hehehe. 



Perjalanan yang mengambil masa selama 9 jam tu, alhamdulillah akhirnya sampai juga kami ke tempang yang ingin dituju. ( 9 jam tu bersamaan 2 jam tertido + mandi dekat RNR gurun. Yang ni betul betul lah memberikan pengalaman pada Fyza. Nak mandi pun tak senang. Bila ada orang ketuk ketuk pintu sebab nak mandi juga. Huh ! Kacau betul lah dorang ni. )





Tak bawa lak Jaket ni. Terpaksa pinjam dekat En Hanif. Besar ya amat. Thanks En Hanif. :)




Bila sampai sana, tak sempat sarapan terus g melawat tapak. Ambil masa lama juga lah. Habis je kerja tu, berdesup cari kedai makanan. Lapar sangat dah masa tu. fyza lak sejenis yang tak leh tinggalkan sarapan pagi. Lewat macam mana pun kna makan. Kalau tak macam tak ada tenaga lah nak buat kerja. Haha. 



(tetiba teringat satu kisah. Masa ni ada kerja luar dengan Boss, kena g Bahau. Nak dijadikan cerita kena bertolak awal dalam 8.45. Dalam perjalanan tu, Boss dok tanay Zafri, mana nak cari kedai makan. Pastu Zaf kata tak yah la singgah. Sekali Boss jawab, tak boleh. Kita kena benti makan dulu. Nanti Fyza lapar. Dia tak boleh buat kerja. Haha. Nampak ! Punya lah prihatin Boss Fyza tu kan. Hehe. Okay tutup cerita. )




Okay sambung cerita asal.:p



Lepas makan, dah kenyang. Kitorang pun g Padang Besar ! Yeah Ini tempat yang wajib dikunjungi bila kita g Perlis okay. Lagi lagi perempuan. Kena Pergi. Tempat shopping tu. Hehe. So, dari tempat yang Fyza g tu nak ke Padang Besar cuma ambil masa 15minit je. 




Sampai je, jalan jalan jap. Beli apa patut, terus nak gerak. Nak cari penginapan lak. Yela. Buat nya tak ada. Terpaksa la balik KL time tu juga kan. Huhu.  Time duk berjalan tu tah macam mana tersilap simpang. Tetiba nampak signboart Gua Kelam. Si Nurol ni, dah la dari KL lagi dok sebut nak ke Gua Kelam. Akhirnya gagah juga Zafri mencari. Keinginan Nurol tercapai bila kitorang sampai juga ke Gua Kelam. Alhamdulillah.





Selamat Datang Cik f1224h :)



Sebenarnya ini kali kedua Fyza sampai ke Gua Kelam. Kali pertama tu tahun 2012. Datang dengan budak budak rumah sewa. Time tu Fyza study dekat Jitra Kedah. Alah, dekat jekan nak ke sini. Hehe. Time tu tak dapat masuk au. Sebab tengan renovation. Hampa sangat sangat muka kawan kawan Fyza au. :( Tapi bila Fyza datang sini, teringat dekat dorang. Serius rindu yang teramat.




Dapat masuk gau. :) Dapat lah juga lepaskan rasa terkilan Fyza ni. Sebab tak dapat join Trip Gua Batu Maloi Negeri Sembilan bulan 10 ritu. Diatas sebab yang tak dapat dielakkan. Hehe.
Fyza and Nurol :)

Serius. dalam ni cantik sangat. Walaupun tak memanjat. Just jalan je ikut laluan yang disediakan, tapi penat juga. Letih oi. Haha. 

So korang, datang perlis jangan lupa singgah sini tau. :)



Kitorang keluar dari gua ni sekitar pukul 4.30. So, masih lagi tak jumpa tempat penginapan kan? Agak agak nya mana lah Fyza and kekawan duduk kan? Nak tahu? Tunggu sambungan dia lah ye.



Okay bye.
Cikf1224h
gadisberlesungpipitdua:)















Again | Murni Discovery

Assalamualaikum.


Entri makanan lagi. Kali ni nak review restoran yang sama cumanya cawangan yang berbeza ☺️ Mana lagi kalau tak bukan Restoran Murni Discovery.  Memenuhi kehendak teman yang nak sangat makan spaghetti. Kena la layankan juga. Sebab dia pun kerap layankan perut Fyza ni. Hehe.



Before ni Fyza dah pernah review pasal Murni ni. Korang boleh baca kat sini ye.



Makanan minuman dia tetap sama ye. Tiptop.







Okay bagi siapa yang tak pernah ke sini, kedai ni hujang sekali tau. Kena masuk area shop lot sampai ke hujung jalan. memang terletak paling hujung. Kalau dah nampak Kuil hindu tu dah betul la tempat dia. Pastu boleh nampak ICT. :)

Pemandangan yang indah kah ? :)


Okay nak warning awal awal. Mana mana cawangan Murni Discover ni, memang ramai memang padat. Lagi lagi dekat Shah Alam ni. Kiri kanan tempat student kan. So, sini salah satunya tempat melepak student la ye. Mohon bersabar la ehh kalau seat penuh, and kalau waiter lambat sampai, tolong tunggu dulu yer.


But korang jangan risau. Maybe staff disini dah terbiasa dengan pelanggan yang ramai. Makanya sedaya upaya dorang akan siapkan hidangan dengan pantas nya. so, tak ada lah nak menunggu lama.



Okay korang. Itu saja nak cerita.:)

Nah alamat untuk Murni Discovery Shah Alam.


- SHAH ALAM
ACG-47, Block A,
Jalan Plumbum AC7/AC,
Pusat Komersial Seksyen 7,

40000 Shah Alam.


Apa yang Fyza perasan, jalan plumbum ni terlalu banyak kedai makanan ye. Burger Zizan Razak pon ada kat sana. Wahhh. Dalam hati, kena cuba kesemuanya ni. Hehe.


Okay.

Thank sudi singgah.

Bye.
gadisberlesungpipitdua:)

30 November 2016

Brownies by Fanabakes | Pantai Dalam

Assalamualaikum.


Perkongsian last untuk bulan November. :) 






Tak tahu lah nak menaip macam mana lagi entry kali ni bila fikiran asyik membayangkan setiap gambar Brownies by Fanabakes melalui timeline facebook atau home instagram Si Fana tu. Huh. Boleh meleleh air liur tau.


Fyza dah la hantu kek coklat. Dalam family Fyza tak semua suka kek coklat. Yang lain tu, ada je nak comment. Pahit la, tak sedap lah, manis ya amat la, macam macam. So, bila rasa nak makan kek, kena lah beli sepotong, pastu makan sorang sorang dalam bilik. Hehe.



Tapi sekarang, dah tak perlu buat perangai makan sorok sorok camtu sebab Fyza dah jumpa tempat yang buat kek cukup cukup rasa sesuai dengan tekak Family Fyza. Lagi lagi mak. Mak kalau dah tak suka memang reject habis. Jangan lah memandai mandai lagi nak order ke ape ke. Tapi lain pula dengan Fanabakes ni, buatan sendiri dari Fanabakes ni mampu mengubah cita rasa mak Fyza dari tak suka kek kepada penggemar kek. :)


Kadang kadang siap tanya bila nak order lagi. Hehe

Selain Brownies, ada juga creampuff ! Tang ni tak payah cerita lah. Air liur rasa bertakung dah ni. Hahaha. Creampuff dia lembut, sedap ! Huh. Lagi lagi bila simpan dalam peti ais. Makan time sejuk sejuk tu.. Pehhhhhh. Nikmat tak terkata. Yang ni, ayah Fyza cukup suka. :)


Haaa. Jangan ingat dua jenis je Fanabakes ni ada. Terdapat juga Sotong Seaweed . Rasanya yang ni produk pertama Fanabakes. Rasanyalah. Sambutannya tak disangka sangka. Kalau salah, maaf. Fyza pernah order Sotong Seaweed ni dalam enam botol juga la. Kalau dah strat mengunyah, lagi lagi time tengok tv. Huh. macam lupa diri kejap. Tak boleh berhenti okay. Krup krap krup krap bunyi nya. *Ahhhh. Rasa stress pulak taip entry ni. Huh. Sabar Fyza.




Ade tak yang terliur dekat sini? Haha. Sabar. Ada lagi. 



Selain tu, ada Red Velvet Cheese Leleh (RVCL) , Chocolate Cheese Leleh (CCL) . Yang ni pun Fyza kerap order. Fyza syorkan kat korang. Kalau nak order tu, jangan order satu. Order dalam dua tiga empat lima. Haha. Sebab? Tak cukup kalau satu. Sedap sangat ! Serius. Nanti nyesal lak. Hehe.


Okay. Nak cerita panjang lebar lagi, tapi Fyza sendiri rasa tak sanggup nak terus menaip. Asyik dok terbayang je. Nafsu makan kuat betul lah Fyza ni. Hahaha !




Untuk korang yang nak tahu lebih lanjut tentang Fanabakes ni, boleh lah terus ke Instagram beliau.
Kat situ, macam macam korang boleh tengok. Okay? :)




So harini, bila Fyza cuci cuci mata dekat IG Fanabakes, benci lah. Rasa nak marah kat Fana ni. Ada jela yang baru. Mango Cheese Cake dengan Petite Cheese Tart. Dua dua ni favourite okay. Memang kena try ni. Hehe.


Ha, lupa nak bagitahu. Siapa kat sini penggemar kuih muih tradisional? Angkat tangan. Hehe. Fanabakes juga ada sediakan kuih muih tradisional yang boleh dikatakan susah juga nak jumpa sekarang ni kan. Lagi lagi duduk KL. Yang ni, produk MAKSIAH (mak Fana). Rasanya macam macam kuih ada. Kalau nak, korang boleh contact Fana terus ye.



So korang, jangan lupa singgah disana tau. Sebelum tu, meh tengok dulu dua keping gambar Fyza ni. Hehe.









Okay korang. Terima kasih sudi singgah.:)



Bye.



gadisberlesungpipitdua;)

29 November 2016

Bersantai santai Di Chemistry Cafe + Lab Shah Alam

Assalamualaikum semua :)


Lately ni tak habis habis review cafe kan? Tetiba pulak banyak masa yang terluang. Dan banyak juga duit dihabiskan dekat cafe cafe ni ye. Hehe. Never mind. Bak kata member Fyza sorang ni, kalau pasal makan jangan berkira sangat lah. So, Fyza pegang kata kata dia tu. :)




Kali ni Fyza nak review Chemistry Cafe yang terletak dekat Seksyen 7 Shah Alam. Seriously Fyza dah lama tahu kewujudan cafe ni dua tahun yang lepas. Memang nak sangat singgah sini. Teruja kot tengok orang post gambar gambar dekat instagram tentang setiap keunikkan yang ada dalam cafe ni. Maw tak excited. Mestilah nak pergi kan ?


Nak dijadikan cerita, dua minggu yang lepas. Kebetulan Fyza ada appoinment dengan doktor dekat kajang. So dari Bangsar ke Kajang prima merempit lah sorang sorang. Bila nak balik tu, dari Kajang ke Bangsar lak, tetiba rasa nak belanja diri sendiri sebab berdikari tanpa menyusahkan orang lain. Ajak teman or minta hantarkan. Bangga ! Hahaha. Fikir fikr nak makan apa. Tu ! Teringat dekat Cafe kimia ni. Hehe.


So apa lagi. Guwa merempit dari Kajang terus ke Shah Alam.

Kenangan paling best kat Shah Alam ni, bila Fyza terserempak dengan kawan lama yang dah bertahun tak jumpa . Huh. Cot cet cot cet. Terus dia bawa Fyza ke sini. Alhamdulillah. Mujur jumpa member. Kalau Fyza yang cari sendiri, mau sesat lah nanti. ;p


Okay. Kembali kepada topic asal. Hehe. Cafe ni sesuailah untuk golongan anak anak muda. Hipster lah katakan. Boleh lepak lepak, borak borak. Tempat lain pun boleh. Tapi sini macam aman je. Mana tak nya. Berkonsep kan makmal kimia gitu. Alah imbas balik zaman sekolah dulu. Masuk kelas kimia. Ade ke kau memekak. Paling tidak semua tekun buat experiment. Kan kan kan?


Hehe. Banyak melalut Fyza ni ye. :p


Banyak yang special dekat sini. Order dekat kaunter tau. Before nak order tu, korang tanya dekat staff yang jaga kaunter tu . Apa yang best dekat sini. Ianya amat membantu okay. So kalau dia dah suggest benda tu, korang try jela ye. Time Fyza ritu tak sempat nak tanya, lagipun Staff yang jaga tu tak mesra alam. Huh. Kita dah la teringin sangat nak jejak sini, first time lak datang. Ibarat rusa masuk kampung lah kan. Tercangak cangak. Pastu dapat layanan tah pape. I rasa nak blah je. Hahaha. 


Dah alang alang sampai, lepak jelah kan. Fikir positif jelah. Maybe staff tu penat. Okay i faham. Hehe. Actually banyak je makanan yang ada dekat sini. Makanan yang Fyza ngan kawan Fyza order sedap dimakan. Air pun sedap. Specialnya cafe ni, airnya dihidang dalam measure cup macam dalam makmal sekolah dulu tu. Kreatif kan. That why Fyza nak sangat gie sini. Hehe.


Tak banyak pun nak review cafe ni. Lupalah nak ambil gambar. Bila dah jumpa kawan lama, menyembang jelah kan. 


So korang , cafe ni memang best. Decoration dia pun sangat lawa dan santai okay. Fyza memang suka tempat yang macam ni. Kalau korang tanya Fyza nak gie lagi ke tak, semestinya Fyza akan pergi lagi ye. Kali ni nak try ice blended pulak. Tapi dekat cawangan Wangsa Maju :) 


So nak bagi berapa bintang yaaaa ? 5 star for Chemistry Cafe + Lab ! :)


Thanks for reading.
Bye
gadisberlesungpipitdua:)

18 November 2016

Sedap Dan Murah hanya di Murni Discovery



Review pasal makan lagi ye. Tak abis abis edisi JalanJalanIsiPerutbyf1224h ni kan. Mohon jangan meluat. Or label kan i ni spesies show off. No no no. Just share. Kot kot tercari cari tempat makan yang best kan. Walaupun hakikatnya i tak pasti ada ke orang terjah blog i ni. Hehe


Actually, Murni Discovery ni dah lama pun wujud. Cawangan dia pun berlambak.Yang biasa Fyza pergi dua tempat. Dekat SS2,PJ and Bandar Sri Permaisuri, Cheras . Dan mesti ada dikalangan korang yang dah selalu jejak kan. Termasuk Fyza juga la. Boleh dikatakan sebulan sekali akan pergi. Tak dengan keluarga, mesti dengan budak budak office.


Biasanya Fyza akan gie dengan kawan baik Fyza. Berdua je. Alah. Berduakan lebih baik. Haha. Cerita pasal member sorang ni. Dia selalu guna istilah teringin. Contoh. "Fyza, Ayu teringin laa nak makan kat murni. Nak air tea layer tu" Haha. Teringin lah sangat. Walaupun baru je jejak sini dalam dua tiga minggu yang lepas pun masih teringin juga kan.


So kalau teringin tu, kena lah pergi kan. Karang ada yang kempunan tak ke susah. Family Ayu dah le duduk jauh. So kita yang dekat ni lah kena ada dengan dia kan. Haaaa gitu. :P Biasanya siapa yang ajak tu lah kena belanja kan. Semestinya kan !



Murni Discovery ni tak pernah tak ramai. Boleh dikatakan memanjang Full House okay. Kadang kadang hujan pun ada yang gagah ke sini juga. Tapi biasalah kan, kalau kedai makan yang ramai orang ni, nak panggil waiters sikit punya susah. Tapi tidak dekat Murni Discovery ni ye. Kau belum nak panggil, dorang dah tanya "dah order ke dek" bagus kan? Makanan jangan cakap lah. Cepat je sampai. Tak payah nak tunggu lama. Tapi tengok juga apa yang korang order. So kalau lambat sikit tu, bersabarlah ye. Jangan tunjuk sikap yang dah lapar sangat tu. Okay. Dah terang terang yang berkerja pun manusia. Bukan nya robot. So sikap negatif tolak tepi please. :)



Serius cakap ye, kedai ni semua makanan dia sedap sedap sedap belaka. Tak ada lah tak sedap. Tapi kalau setakat keropok moni tu keras sikit kau nak complain, baik tak payah. Lempang sat lagi baru tahu. Hehe. Portion dahlah gedabak semuanya. Memang kenyang sampai malam. Cam Fyza tak pernah nya habis. Terpaksa lah bungkus. Sambung makan kat rumah. Tak membazirkan dan sangat jimat. :p


Itu belum minuman dia lagi.Nama dia menarik.  Kiss Me Baby ! Hahaha. Kemain kaw. Nak sebut pun segan. Biasanya tunjuk tunjuk gitu je. Yelah, selain air kiss me baby, ade juga I Love You, I Miss You dan banyak lagi la. Selalunya Fyza akan order air traffic light. Sedap wehhhhhh ! Serius semua sedap. Dan nak diingatkan disini. Biasa lah kan , kalau gie kedai makan mana mana pun, minuman dia mesti ada saiz. Small, Medium and Large. So korang, order jelah size medium. Jangan nak tamak sangat order large okay. Large punya saiz tu macam dua or tiga orang punya minum okay. Huh. Mahu muntah air nanti. Kan. Hahaha



Macam macam jenis menu ada dekat sini. Rambang mata nak pilih. Confirm pening. Western ada, sizlling ada, nasi nasi ada, macam macam lagi lah. But take your time ye. Semua makanan dan minuman dekat sini sedap sedap . So tak kan ada istilah menyesal kalau salah pilih ye. Hehe.


Before datang sini sila kosongkan perut anda ye. Supaya kita dapat makan dengan puasnya. Haha. Harga pula tak la mahal sangat. Buat masa ni baru RM 50++ untuk tiga orang punya makan. Murah la kan. Dan berbaloi. Penuh pinggan so berbaloi la. :)



Ha. Before tutup cite, ni antara cawangan Murni Discovery.

- SS2

No 53, Jalan SS 2/75,
47300 Subang Jaya


- AMAN SURIA

No 2-1, Jalan PJU 1/30 ,
Sunway Mas Commercial Center,
47301 Petaling Jaya.

- USJ
No 39-1 & 41-1, Jalan USJ 9/5P,
UEP Subang Jaya,
47630 Subang Jaya.

- SUNWAY MENTARI
No 12 A-G, Jalan PJS 8/13,
Dataran Mentari,
$6150 Petaling Jaya

- KEPONG
No 24, Jalan Metro Perdana 8,
Taman Usahawan Kepong,
52100 Kepong Utara.

- BUKIT JALIL
No 41, Jalan 16/155 C,
Bandar Bukit Jalil.

- CHERAS
No A2, Jalan Danau Lumayan 1,
Pusat Danau Lumayan
Bandar Tasik Permaisuri,
56000 Cheras.

- SHAH ALAM
ACG-47, Block A,
Jalan Plumbum AC7/AC,
Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah Alam.



Okay bye. 
gadisberlesungpipitdua:)