16 Jun 2016

Cik f1224h Si Kaki Bukit




Assalamualaikum.

Cik f1224h


Seorang perempuan yang dibesarkan dikalangan adik beradik lelaki. Yang mempunyai ciri kesopanan dan kesusilaan yang menebal dalam diri tapi minat sangat dengan aktiviti lasak. :)


Salah satu aktiviti yang digemari nya ialah mendaki ! Sekadar hobi pada waktu lapang sahaja. Bukan lah sejenis taksub, yang nak kena join semua trip. Tidak okay.


Hobi yang sangat diminati berbanding shopping. Dua tiga jam atas bukit pun tak apa lah . Asal kan bukan dua tiga jam turun naik shopping mall. Dengan rambang matanya lagi. Dengan beli itu ini, duit pun habis. Hehe. Tak minat lah.




Minat pandang kehijauan alam. Rasa nyaman, tenang dan rasa sangat lapang. Fikiran tak yah cakap lah. Lupa segala masalah.



Biasanya tak pergi jauh pun. Bukit Saga, Ampang. Bukit Gasing , Petaling Jaya and Bukit Broga, Semenyih. Naik motor je kan. Tak nak guna modal yang banyak. Kata pun sekadar suka suka.


Ini minat yang memang sedia ada dari dulu. Dari zaman sekolah. Bila sambung belajar minat tu seakan terhenti. Lalu, minat tu diteruskan balik dalam dua tiga tahun yang lepas.

And im happy. Ini merupakan satu kebahagian :)


Tiada halangan pun untuk mendaki walaupun berbaju kurung. :)




So, pada siapa yang tak tahu nak buat apa, boleh try hiking. Yup ! Fyza pun masih baru. Just layan bukit je. Bukan lah hebat seperti orang lain. Yang layan Gunung Ganang. Ini memang sekadar minat yang Fyza suka lalukan. Hehe


But, teringin guna nak try naik gunung. And Fyza perlu cabar diri Fyza ni. Nak tahu juga kekuatan kita ditahap mana kan. Hehe.


Best ke Hiking?


Awak ! Best sangat sangat. Ye. Benda ni sangat penat. Tapi bila kita sampai di puncak, rasa penat tu hilang terus and bila diatas tu disaljikan dengan pemandangan ciptaan Tuhan, Masya Allah cantik ye. Hilang segala penat lelah tau.

Hehe. 


Okay itu saja nak cerita. Hahaha. Bye :)


gadisberlesungpipitdua:)









Tiada ulasan: