30 November 2016

Brownies by Fanabakes | Pantai Dalam

Assalamualaikum.


Perkongsian last untuk bulan November. :) 






Tak tahu lah nak menaip macam mana lagi entry kali ni bila fikiran asyik membayangkan setiap gambar Brownies by Fanabakes melalui timeline facebook atau home instagram Si Fana tu. Huh. Boleh meleleh air liur tau.


Fyza dah la hantu kek coklat. Dalam family Fyza tak semua suka kek coklat. Yang lain tu, ada je nak comment. Pahit la, tak sedap lah, manis ya amat la, macam macam. So, bila rasa nak makan kek, kena lah beli sepotong, pastu makan sorang sorang dalam bilik. Hehe.



Tapi sekarang, dah tak perlu buat perangai makan sorok sorok camtu sebab Fyza dah jumpa tempat yang buat kek cukup cukup rasa sesuai dengan tekak Family Fyza. Lagi lagi mak. Mak kalau dah tak suka memang reject habis. Jangan lah memandai mandai lagi nak order ke ape ke. Tapi lain pula dengan Fanabakes ni, buatan sendiri dari Fanabakes ni mampu mengubah cita rasa mak Fyza dari tak suka kek kepada penggemar kek. :)


Kadang kadang siap tanya bila nak order lagi. Hehe

Selain Brownies, ada juga creampuff ! Tang ni tak payah cerita lah. Air liur rasa bertakung dah ni. Hahaha. Creampuff dia lembut, sedap ! Huh. Lagi lagi bila simpan dalam peti ais. Makan time sejuk sejuk tu.. Pehhhhhh. Nikmat tak terkata. Yang ni, ayah Fyza cukup suka. :)


Haaa. Jangan ingat dua jenis je Fanabakes ni ada. Terdapat juga Sotong Seaweed . Rasanya yang ni produk pertama Fanabakes. Rasanyalah. Sambutannya tak disangka sangka. Kalau salah, maaf. Fyza pernah order Sotong Seaweed ni dalam enam botol juga la. Kalau dah strat mengunyah, lagi lagi time tengok tv. Huh. macam lupa diri kejap. Tak boleh berhenti okay. Krup krap krup krap bunyi nya. *Ahhhh. Rasa stress pulak taip entry ni. Huh. Sabar Fyza.




Ade tak yang terliur dekat sini? Haha. Sabar. Ada lagi. 



Selain tu, ada Red Velvet Cheese Leleh (RVCL) , Chocolate Cheese Leleh (CCL) . Yang ni pun Fyza kerap order. Fyza syorkan kat korang. Kalau nak order tu, jangan order satu. Order dalam dua tiga empat lima. Haha. Sebab? Tak cukup kalau satu. Sedap sangat ! Serius. Nanti nyesal lak. Hehe.


Okay. Nak cerita panjang lebar lagi, tapi Fyza sendiri rasa tak sanggup nak terus menaip. Asyik dok terbayang je. Nafsu makan kuat betul lah Fyza ni. Hahaha !




Untuk korang yang nak tahu lebih lanjut tentang Fanabakes ni, boleh lah terus ke Instagram beliau.
Kat situ, macam macam korang boleh tengok. Okay? :)




So harini, bila Fyza cuci cuci mata dekat IG Fanabakes, benci lah. Rasa nak marah kat Fana ni. Ada jela yang baru. Mango Cheese Cake dengan Petite Cheese Tart. Dua dua ni favourite okay. Memang kena try ni. Hehe.


Ha, lupa nak bagitahu. Siapa kat sini penggemar kuih muih tradisional? Angkat tangan. Hehe. Fanabakes juga ada sediakan kuih muih tradisional yang boleh dikatakan susah juga nak jumpa sekarang ni kan. Lagi lagi duduk KL. Yang ni, produk MAKSIAH (mak Fana). Rasanya macam macam kuih ada. Kalau nak, korang boleh contact Fana terus ye.



So korang, jangan lupa singgah disana tau. Sebelum tu, meh tengok dulu dua keping gambar Fyza ni. Hehe.









Okay korang. Terima kasih sudi singgah.:)



Bye.



gadisberlesungpipitdua;)

29 November 2016

Bersantai santai Di Chemistry Cafe + Lab Shah Alam

Assalamualaikum semua :)


Lately ni tak habis habis review cafe kan? Tetiba pulak banyak masa yang terluang. Dan banyak juga duit dihabiskan dekat cafe cafe ni ye. Hehe. Never mind. Bak kata member Fyza sorang ni, kalau pasal makan jangan berkira sangat lah. So, Fyza pegang kata kata dia tu. :)




Kali ni Fyza nak review Chemistry Cafe yang terletak dekat Seksyen 7 Shah Alam. Seriously Fyza dah lama tahu kewujudan cafe ni dua tahun yang lepas. Memang nak sangat singgah sini. Teruja kot tengok orang post gambar gambar dekat instagram tentang setiap keunikkan yang ada dalam cafe ni. Maw tak excited. Mestilah nak pergi kan ?


Nak dijadikan cerita, dua minggu yang lepas. Kebetulan Fyza ada appoinment dengan doktor dekat kajang. So dari Bangsar ke Kajang prima merempit lah sorang sorang. Bila nak balik tu, dari Kajang ke Bangsar lak, tetiba rasa nak belanja diri sendiri sebab berdikari tanpa menyusahkan orang lain. Ajak teman or minta hantarkan. Bangga ! Hahaha. Fikir fikr nak makan apa. Tu ! Teringat dekat Cafe kimia ni. Hehe.


So apa lagi. Guwa merempit dari Kajang terus ke Shah Alam.

Kenangan paling best kat Shah Alam ni, bila Fyza terserempak dengan kawan lama yang dah bertahun tak jumpa . Huh. Cot cet cot cet. Terus dia bawa Fyza ke sini. Alhamdulillah. Mujur jumpa member. Kalau Fyza yang cari sendiri, mau sesat lah nanti. ;p


Okay. Kembali kepada topic asal. Hehe. Cafe ni sesuailah untuk golongan anak anak muda. Hipster lah katakan. Boleh lepak lepak, borak borak. Tempat lain pun boleh. Tapi sini macam aman je. Mana tak nya. Berkonsep kan makmal kimia gitu. Alah imbas balik zaman sekolah dulu. Masuk kelas kimia. Ade ke kau memekak. Paling tidak semua tekun buat experiment. Kan kan kan?


Hehe. Banyak melalut Fyza ni ye. :p


Banyak yang special dekat sini. Order dekat kaunter tau. Before nak order tu, korang tanya dekat staff yang jaga kaunter tu . Apa yang best dekat sini. Ianya amat membantu okay. So kalau dia dah suggest benda tu, korang try jela ye. Time Fyza ritu tak sempat nak tanya, lagipun Staff yang jaga tu tak mesra alam. Huh. Kita dah la teringin sangat nak jejak sini, first time lak datang. Ibarat rusa masuk kampung lah kan. Tercangak cangak. Pastu dapat layanan tah pape. I rasa nak blah je. Hahaha. 


Dah alang alang sampai, lepak jelah kan. Fikir positif jelah. Maybe staff tu penat. Okay i faham. Hehe. Actually banyak je makanan yang ada dekat sini. Makanan yang Fyza ngan kawan Fyza order sedap dimakan. Air pun sedap. Specialnya cafe ni, airnya dihidang dalam measure cup macam dalam makmal sekolah dulu tu. Kreatif kan. That why Fyza nak sangat gie sini. Hehe.


Tak banyak pun nak review cafe ni. Lupalah nak ambil gambar. Bila dah jumpa kawan lama, menyembang jelah kan. 


So korang , cafe ni memang best. Decoration dia pun sangat lawa dan santai okay. Fyza memang suka tempat yang macam ni. Kalau korang tanya Fyza nak gie lagi ke tak, semestinya Fyza akan pergi lagi ye. Kali ni nak try ice blended pulak. Tapi dekat cawangan Wangsa Maju :) 


So nak bagi berapa bintang yaaaa ? 5 star for Chemistry Cafe + Lab ! :)


Thanks for reading.
Bye
gadisberlesungpipitdua:)

18 November 2016

Sedap Dan Murah hanya di Murni Discovery



Review pasal makan lagi ye. Tak abis abis edisi JalanJalanIsiPerutbyf1224h ni kan. Mohon jangan meluat. Or label kan i ni spesies show off. No no no. Just share. Kot kot tercari cari tempat makan yang best kan. Walaupun hakikatnya i tak pasti ada ke orang terjah blog i ni. Hehe


Actually, Murni Discovery ni dah lama pun wujud. Cawangan dia pun berlambak.Yang biasa Fyza pergi dua tempat. Dekat SS2,PJ and Bandar Sri Permaisuri, Cheras . Dan mesti ada dikalangan korang yang dah selalu jejak kan. Termasuk Fyza juga la. Boleh dikatakan sebulan sekali akan pergi. Tak dengan keluarga, mesti dengan budak budak office.


Biasanya Fyza akan gie dengan kawan baik Fyza. Berdua je. Alah. Berduakan lebih baik. Haha. Cerita pasal member sorang ni. Dia selalu guna istilah teringin. Contoh. "Fyza, Ayu teringin laa nak makan kat murni. Nak air tea layer tu" Haha. Teringin lah sangat. Walaupun baru je jejak sini dalam dua tiga minggu yang lepas pun masih teringin juga kan.


So kalau teringin tu, kena lah pergi kan. Karang ada yang kempunan tak ke susah. Family Ayu dah le duduk jauh. So kita yang dekat ni lah kena ada dengan dia kan. Haaaa gitu. :P Biasanya siapa yang ajak tu lah kena belanja kan. Semestinya kan !



Murni Discovery ni tak pernah tak ramai. Boleh dikatakan memanjang Full House okay. Kadang kadang hujan pun ada yang gagah ke sini juga. Tapi biasalah kan, kalau kedai makan yang ramai orang ni, nak panggil waiters sikit punya susah. Tapi tidak dekat Murni Discovery ni ye. Kau belum nak panggil, dorang dah tanya "dah order ke dek" bagus kan? Makanan jangan cakap lah. Cepat je sampai. Tak payah nak tunggu lama. Tapi tengok juga apa yang korang order. So kalau lambat sikit tu, bersabarlah ye. Jangan tunjuk sikap yang dah lapar sangat tu. Okay. Dah terang terang yang berkerja pun manusia. Bukan nya robot. So sikap negatif tolak tepi please. :)



Serius cakap ye, kedai ni semua makanan dia sedap sedap sedap belaka. Tak ada lah tak sedap. Tapi kalau setakat keropok moni tu keras sikit kau nak complain, baik tak payah. Lempang sat lagi baru tahu. Hehe. Portion dahlah gedabak semuanya. Memang kenyang sampai malam. Cam Fyza tak pernah nya habis. Terpaksa lah bungkus. Sambung makan kat rumah. Tak membazirkan dan sangat jimat. :p


Itu belum minuman dia lagi.Nama dia menarik.  Kiss Me Baby ! Hahaha. Kemain kaw. Nak sebut pun segan. Biasanya tunjuk tunjuk gitu je. Yelah, selain air kiss me baby, ade juga I Love You, I Miss You dan banyak lagi la. Selalunya Fyza akan order air traffic light. Sedap wehhhhhh ! Serius semua sedap. Dan nak diingatkan disini. Biasa lah kan , kalau gie kedai makan mana mana pun, minuman dia mesti ada saiz. Small, Medium and Large. So korang, order jelah size medium. Jangan nak tamak sangat order large okay. Large punya saiz tu macam dua or tiga orang punya minum okay. Huh. Mahu muntah air nanti. Kan. Hahaha



Macam macam jenis menu ada dekat sini. Rambang mata nak pilih. Confirm pening. Western ada, sizlling ada, nasi nasi ada, macam macam lagi lah. But take your time ye. Semua makanan dan minuman dekat sini sedap sedap . So tak kan ada istilah menyesal kalau salah pilih ye. Hehe.


Before datang sini sila kosongkan perut anda ye. Supaya kita dapat makan dengan puasnya. Haha. Harga pula tak la mahal sangat. Buat masa ni baru RM 50++ untuk tiga orang punya makan. Murah la kan. Dan berbaloi. Penuh pinggan so berbaloi la. :)



Ha. Before tutup cite, ni antara cawangan Murni Discovery.

- SS2

No 53, Jalan SS 2/75,
47300 Subang Jaya


- AMAN SURIA

No 2-1, Jalan PJU 1/30 ,
Sunway Mas Commercial Center,
47301 Petaling Jaya.

- USJ
No 39-1 & 41-1, Jalan USJ 9/5P,
UEP Subang Jaya,
47630 Subang Jaya.

- SUNWAY MENTARI
No 12 A-G, Jalan PJS 8/13,
Dataran Mentari,
$6150 Petaling Jaya

- KEPONG
No 24, Jalan Metro Perdana 8,
Taman Usahawan Kepong,
52100 Kepong Utara.

- BUKIT JALIL
No 41, Jalan 16/155 C,
Bandar Bukit Jalil.

- CHERAS
No A2, Jalan Danau Lumayan 1,
Pusat Danau Lumayan
Bandar Tasik Permaisuri,
56000 Cheras.

- SHAH ALAM
ACG-47, Block A,
Jalan Plumbum AC7/AC,
Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah Alam.



Okay bye. 
gadisberlesungpipitdua:)




17 November 2016

Halloween Di Tony Roma's Restaurant




Tony Roma's NU Sentral






Beberapa minggu yang lepas, my patrner gossip macam biasa lah. Ajak bergossip sambil jalan jalan cari makan. Dapat pulak member yang suka makan ditempat yang baru, so agak bertuah lah disitu ye. Hehe



Disebabkan tempat ni pun baru bagi Fyza, so Fyza nak kongsi sikit pasal tempat makan yang Fyza tak pernah pun terfikir nak masuk. Kalau lalu pun tak pernah pandang. Jeling jeling pun tak.Cett . Haha. Kejam :p Sebab apa? Bukan tak best. Tapi tempat dia agak sedikit suram. Dan macam takut je nak masuk. Haha.



Korang jangan lah risau okay. Tak ada pape pon. Dah masuk, everything to be okay. Hahaha. Memang suasana restoran tu camtu. Lampu yang tak terlalu terang menyebabkan kita rasa macam privacy sikit makan kat sini dengan suasana yang suram suram gitu dan sangat selesa sebenarnya ye. So itulah tarikan restoran ni kan. Unit !




So yang menjadikan restoran ni lagi unik. Bila dorang sambut Holloween. Awak ! Tahu tak apa yang berlaku time ni. This is first time Fyza jejak sini. Kan Fyza bagitahu tempat ni macam suram. Bila dah masuk ditambahkan tempat yang agak seram. So? Ya Allah. Tak tahu nak gambarkan macam mana.



Bila kita masuk satu restoran yang penuh sawang. Lagu dia pun menyeramkan. Pastu siap ada patung berupa hantu. Dengan semua staff make up macam hantu.  Crazy okay ! Dh la Fyza ni jenis penakut. Huh. Terus keluar okay. Pastu dapat pulak member yang jenis paksa. Nak tak nak kena masuk balik . Huhu. Rasa nak menangis.



Huh. I'm try untuk kawal rasa takut tu. Benda tak ada apa pun. Fyza je yang penakut gila. Hahahaha. Member siap tanya "Fyza okay tak" Confirm la i tak okay kan. Lagi mau tanya. Hehe. But semua tu dilupakan bila makanan dah terhidang depan mata. Haha !



Overall, tempat ni memang okay and makanan memang sedap. Harga pulak tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Cuma bagi Fyza, ianya agak mahal . Hahaha ! Tapi berbaloi. Makanan banyak. Satu makanan boleh dua orang makan. Dan yang best, lepas je order dorang akan bagi roti macam french loaf tapi size mini untuk dimakan dengan garlic butter. Walaupun ini free, Fyza tetap rasa benda ni sedap. Hehe.





Staff kat sini semua okay. Ramah. Memang terbaik. Serius, Fyza tak nak pun bergambar. Tapi ada pulak yang tarik. OMG ! Hehe. 




Okay. Kesimpulannya, makanan dan minuman kat sini memang best and maybe kena try lagi menu yang lain pula. Dan HAlloween dorang memang gembak. Macam real. So Fyza bagi 8/10 for this restaurant. Enjoy ur meal :)

Sekian saja post untuk kali ini. TQ for reading :)



Ikhlas :
gadisberlesungpipitdua:)




Sekian saje post utk kali ini.TQ for reading =)

11 November 2016

Chicken Chop 4.90 hanya di - Eye's Steak Bazaria Pantai





RM4.90 ? Serius ? Yup serius.


Bukan senang nak dapat set lengkap chicken chop dengan harga serendah RM4.90 okay. Lagi lagi bila kita duduk di tengah kawasan ibu kota, Kuala Lumpur. Dengan kos sara diri yang agak tinggi. Kadang kadang kena budget juga lah kan, Hehe.



Eye's Steak adalah tempat lepak budak Office Fyza. Selalu dengar dorang cerita. Seriously, Tempat ni dekat je dengan rumah Fyza, tapi Fyza tak pernah jejak pun. Hehehe.


So malam tadi baru berkesempatan singgah jap. Itu pun lepas member mengadu lapar. Tak kan nak teman je kan. Confirm lah makan sekali ye tak .Haha .


Sebenarnya agak tak bagus juga lah. Baru balik fitness, dah bakar kalori nak tambah balik lemak dalam badan ? Huh.  Memang cari pasal kan. Huh. Ha, Cerita pasal fitness. Nanti Fyza cerita dekat korang apa je rutin Fyza setiap hari Isnin dan Khamis malam ye. Yang pasti, ianya agak menarik. Rasanya lah. Hahaha !


Okay sambung balik.


Eye's Steak yang terletak di Bazaria Pantai Dalam ini bukan sahaja menyediakan hidangan Chicken Chop semata mata, malah ia turut menawarkan pelbagai menu makanan barat lain yang cukup murah.


Bukan sahaja murah, malah sedap. Lembut sangat ayam dia tau. Ibarat setiap gigitan membawa kenikmatan. Cehhh wahhhh! Hahaha.






Gambar diatas ni, jangan salah faham pulak tau. Kedai ni bukannnya tak sediakan pinggan. Cumanya kakak yang ambil order tu salah dengar je. Order empat chicken chop, satu bungkus. Sekali sampai semuanya bungkus. Aishhh. Member yang tengah lapar tadi tu dah nak marah tau. Selamatlah keadaan terkawal masa tu. Hehe.


Makanan sedap mestilah abis cepat kan. So rasa tak puas lah malam tadi. Mesti kena pergi lagi ni. Hahahaha. "Fyza kalau bab makan memang laju" :p



Untuk  korang yang nak singgah sini, Eye's Steak ni buka setiap hari kecuali Isnin dan mula beroperasi dari jam 6 petang hingga 12 malam. 



So apa tunggu lagi, boleh lah pergi. :)


Bye.
gadisberlesungpipitdua:)


Tempat Kegemaran Bila Lepak - Tappers Cafe Bangsar South





Tappers Cafe.






Boleh dikatakan tempat famous juga la. Cafe ni merupakan cafe paling favorite bila lepak dengan kawan kawan. Bila dah tak tahu nak lepak mana. Kawan mesti cakap jom lepak Tappers. Kemain kannn. Tak ada pulak jawab lepak medan ke, bazaria ke. Haha. Belagak kaya. Cetttt.


Lagi pun lokasi Tappers Cafe ni dekat sangat dengan rumah. Jalan kaki dalam 5 minit sampai dah. Kalau mak malas masak pun, ajak makan sini jela. Nak tunggu Fyza masak memang tak tahu bila rajin nya. Hehehe.


First time lepak sini pun, Fyza yang suggestkan dekat kawan kawan untuk try Cafe ni. Sebab tertarik dengan deko deko dia. Cafe ni sangat cantik. Susun atur yang kemas dan semuanya berwarna putih. One of my favorite colour.


Cafe ni berkonsepkan santai. So kalau lepak tempat santai santai kan best. Lagipun lokasi dekat dengan rumah ni tak ramai orang sangat. Maybe dia terletak agak tersorok sikit, hujung pula tu. so nak nampak dari jauh agak susah sikit la.


Makanan kat sini kebanyakkannya wastern food. Makanan melayu macam nasi lemak, ayam masak merah pun ada juga.


Dah nama pun tempat lepak kan. Biasanya orang kalau lepak mana ada makan makan sangat. Paling tidak pun minum air. Apa je air yang Fyza selalu order yer? Jeng jeng jeng. Hahahha.



Soda Goo Leng Ping. 

Haaaa. Gempak tak nama dia? Mesti tak pernah dengar kan. Tapi sebenarnya tu air Sirap bandung tambah soda je pun. Hahahah. Cerita nak gempak je kan. Tapi tapi tapi. Rasa dia memang sedap ! That why kalau lepak sini minum air ni je.




Banyak juga menu lain. Tapi tekak tertarik satu je. Hehe. Korang boleh lah try mana yang korang suka ye. Selain Tappers Cafe, Bangsar South , Cafe ni bertapak kat banyak tempat. Antaranya Setia Walk Puchong, Setia Alam, Cyberjaya, Petaling Jaya dan juga Setapak. Tempat lain tak pasti la . Boleh tahan juga cawangan dia kan.


 So pada siapa yang berada di kawasan yang berhampiran, boleh lah lepak disini ye.Dan yang paling best harga yang sangat berpatutan. Kalau makan dalam tiga orang baru RM40++ . Murahkan. Nak belanja kawan pon boleh la kan. Hehehe.



Service pun bagus. Mesra dan cepat.



Okay. Jalan jalan cari makan pun pernah tau datang sini. So Tak mustahil la Cafe ni juga berada dalam salah satu list korang kan. :)



Nak tahu lebih lanjut lagi pasal Tappers Cafe, Boleh lah klik SINI .


Okay. Itu saja. Thanks singgah sini. Before korang gerak tu, mehh Fyza belanja korang gambar Rara and Bella. :)



Geng tiga  K. Kelantan, Kuala Lumpur, Kedah. :)


Bye.
gadisberlesungpipitdua:)



Garage 51 - Cafe Super Sedap !

Hi korang semua :)


Aippp. Haaa. Laju je tekan eh lepas tengok tajuk. Amboi :p Garage 51 ? Tempat apa tu ? Alaaa kalau tak cerita pun tak pe kan. Mesti ramai dah tahu tempat ni. Betul tak? Haaaaa. Jangan tipu lah yer. Garage 51 Cafe ni memanjang je penuh okay. Kadang ada yang kena beratur . Yelah kan tempat famous. Mesti berlumba lumba nak cuba kan. Hehehe.



Tapi kalau ada yang tak tahu pun Fyza percaya. Sebab Fyza salah seorang juga yang tak berapa tahu tempat ni. Tahu je lepas ada sorang kawan ni post kat instagram dia dalam bulan lima camtu.


Sejak tu memang dah letak impian. Mesti g. Hehehehe. Kemain kau kan Fyza :p



Okay. So baru baru ni Fyza ngan sorang kawan ni lepak lah kat sini. Kebetulan dan tidak dirancang. Time tu pulak baru balik kerja. Hujan lebat jalan tak payah cakap lah. Jammed yang teramat. So biasalah kan. Hujan hujan ni lah perut biasanya akan lapar. So taknak buang masa tempuh jammed baik gie isi perut kan.


Dok search Cafe yang best sekitar Sunway, jumpa lak Garage 51 ni. Kebetulan memang tengah sangkut sekitar situ. Alang alang gie lah kan.


Berpandu kan Waze . Akhirnya jumpa juga. Senang juga nak cari. Tapi jangan terlepas pandang lah. Tempatnya terletak di celah celah lorong juga. Kalau korang Waze, just taip nie je tau


 51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia .


Confirm jumpa. Tempat nya memang rare ! Hipters lah katakan . Cehhh wahhh :P




Alhamdulillah. Memang rezeki lah time ni. Kan hujan. tempat pon tak busy lah. Masuk je dalam cafe ni. Wahhhhhh. . Rasa macam Artis cam. Pekerja sini ramah ramah belaka. Time dia tolong buka kan pintu siap sebut " Welcome to Garage 51" wahhh rasa macam formal gila. Walaupun benda ni biasa. Tapi kadang kadang tahap keterujaan selalu nya hadir tak bertempat. Hahaha.


Tempat yang sangat cantik. Tiptop. And suka tengok deco dia. Simple but cantik. :)

Kalau tempat dah cantik. Makanan/ minuman apa tah lagi lah kan.



Tarikkan disini adalah minuman dia. Dorang kata, penjualan air dekat sini memnag menggila. LAku habis ! Nama minuman dia pon comel comel. THE SON , THE FATHER dan segala the lah. Hahaha. Tak ingat. Nama comel, hiasan pada minuman tu pon comel gak ! Huh. Semua yang ada kat sini comel lah. Hehehe. Dan tak hairan lah kalau ramai dan laku kan. Benda pon sedap !


Masa nak menaip ni pun masih terbayang bayang lagi  air dia tau. Terliur liur jadinya. Haha.  Jadi memang tak rugi kalau korang pergi. Sedap wei !!.


Ha, tak kan nak minum je kan. Haruslah makan juga. Tapi Fyza taknak cerita pasal makanan dia. Kalau korang nak tahu sedap ke tak, Pergi lah try. Yang penting korang balik dengan perut yang kenyang and senyuman yang lebar. Serius tak tipu. ! Fyza sampai sekarang tersenyum senyum lagi tau ! Hahahahha .


Ha mana tak senyum. Kebetulan g hari sabtu, Kena kerja pulak. So mesti dapat alaun makan kan. :P Hehehe (gelak jahat). Makan mahal mahal claim lah ye. Hahaha ! Hampeh sungguh perangai.


So korang. Cafe ni tak menghampakan okay. Boleh lah bawa family . Yang penting cuba minuman dia tau. 


Ha. Mesti tak puas tengok gambar yang Fyza bagi kan. Mana nak cukup. Satu dua je belanja. HEhe Ha. korang boleh lah cuci cuci mata kat sini yer.


Facebook : Garage 51
Instagram : @garage51my



Cafe Garage 51

Alamat: 51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 
            47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

No Telefon: 03-5612 5618

Waktu Operasi: 11 pagi sehingga 11 malam

Email: hello.garage51my@gmail.com



Okay korang. Thanks sudi singgah sini. :)



Bye.
gadisberlesungpipitdua:)








8 November 2016

Secret Stailista Perfume by Azirah Alyanie

Assalamualaikum.



Hi guys ! Just nak share dengan korang satu perfume yang boleh dikatakan terlajak laris juga lah ni.



Sebab apa?



"Secret stailista Perfume "

Ianya setanding perfume Exclusive ! Trust me ! You guys mesti suka sangat sangat sangat wangian ni.


Long last perfume up to 7-8 hours. Best kan ? And yang paling best awak, perfume mesra solat (HALAL Product).


Kecil , mudah dibawa kemana mana. Senang kan? So bile travel tak ada lah pening pening nak fikirkan. Just sumbat je dalam handbag korang tu . Hehe


Tampil dengan dua jenis wangian for women , Floral and Cherry. Then satu wangian for men. Bang Sado namanya. Sado ke idok? Try ler. Hehehe.


Tak reti nak explain wangian lelaki tu macam mana , Tapi wangian yang memikat hati gadis gadis. Haaaa gituuuu :) Ramai dah cuba okay . Wangian yang terbaik.


For your information, ada je lelaki yang pakai wangian perempuan tu. Tak terhad pon. Ikut pada si pemakai :)


Seriously , Pada awalnya Fyza just  nak cuba je. But sekali semburan dah jatuh cinta. Wangi sangat. And bauan yang sangat lembut , tak keras. Serius okay ! Bau Memang tahan lama . Ada yang sampai dua tiga hari okay.


Ibu ibu mengandung pon ada yang guna. So perfume ni tak de limit lah. Semua jenis usia boleh pakai. Hehe


Artis pon ada. Salah sorang nya Tasha Shila . :)


Price pun sangat berbaloi. Orang kata mampu milik lah :) Just Rm29 only. Exclude postage .





Berminat ? korang boleh follow sini f1224h.co / SecretStailista untuk tengok feedback customer or DM for order. Okay.


Thanks for reading :)




7 November 2016

DC Comics Super Heroes Café @ KL

Seriously, tetiba rasa teruja nak tulis kisah ni. Haha. "Macam orang baca" :p


Sebab apa? Haaaa


Kepada peminat tegar sesuatu benda mungkin dapat rasa apa yang hati ni rasa. Kan.Eh cehhhh. Hehe.


Okay. To be honest, dari dulu sampai sekarang Fyza minat sangat dengan logo Superman. I dont know why. Tapi memang minat sangat. Minat logo je. Ceritanya tak minat pon. "Pelik bukan" :)


Itu lah . Setiap orang ada minat masing masing. Walaupun minat Fyza ni tak berapa menarik. But i'm still so excited okay ! 


So dari dulu sampai sekarang, koleksi yang ada pon cuma baju je. Yelah kau nak simpan apa je selain baju? Duit pon tak ada nak beli macam macam kan. Cer try beli benda mengarut. Mau mengamuk mak apak korang. Haha ! Kan?


Dalam banyak banyak koleksi baju tu yang paling hargai dan sangat diingati bila ada kawan baik hadiahkan masa hari jadi Fyza empat tahun yang lepas. Dan sampai sekarang still ada dalam simpanan. 


Minat tu terbawa bawa sampai sekarang. Koleksi terbaru stiker and aksesori dalam kereta . Tang ni memang tak dirancang.  Bila kawan baik tanya apa yang Fyza nak  time birthday nanti. So dengan selamber Fyza jawab nak bantal yang letak dalam kereta tapi nak warna pink and ada logo superman. 'Cakap sambil gelak gelak and bayangkan camnelah rupa diakan' 



Nak dijadikan cerita, benda ni bukan sekadar cakap je bila ada kawan yang memang merealisasikan impian Fyza. Wa laawehhhh ! Hahahha. Awak boleh singgah sini kalau nak tengok hasilnya yer. Aksesori Kereta-Superman . 


Haa kalau rasa nak hadiahkan kat someone boleh lah order. Layanan akak ni tiptop okay. Kawan Fyza bagitahu, akak ni akan update apa yang dia buat dekat pelanggan dia. So kalau time tu korang rasa nak ubah apa apa boleh bagitahu cepat. 


Panjang lebar cerita, padahal yang atas tu mukadimah je. Cerita yang sekarang ni baru kena dengan tajuk. 


DC Comics Super Heroes Cafe at Pavillion Kuala Lumpur.



Menu cukup menarik, pelbagai jenis makanan ada dan berwarna-warni dari segi makanan dan reka bentuk menu fizikal itu sendiri. Perkhidmatan agak segera Dan yang paling penting makanan lazat! 



Kafe ini berkongsi pintu masuk yang sama seperti butik itu sendiri. Walaupun perkhidmatan ini segera, korang masih punya masa untuk berjalan dan melihat sekeliling kedai itu sendiri seperti yang Fyza lakukan. Kedai dan restoran mempunyai banyak foto  superhero dan hidup dan jika korang memilih untuk hanya duduk di meja, maka korang boleh menyemak beberapa komik yang mungkin terletak di sekeliling untuk pengunjung untuk membaca. Best kan ?



Perkara yang tak dirancang tu biasanya akan meninggalkan memori yang paling indah kan. Bila seseorang yang korang dah tak jumpa beberapa tahun , Call, Ajak lepak dekat tempat yang tak disangka. Siap cakap, "Fyza kita nak belanja makan dekat satu tempat istimewa' wahhhh. Happy kan?"seseorang tu juga yang hadiahkan baju empat tahu yang lepas :)". Hehe.




Rasa bersyukur bila ada orang buat kejutan kat tempat yang kita tak terfikir. 


Bak kata perpatah. 'Kenyang perut suka hati' lah kannnnnn kannn ?

Serius. Teruja. Makanan sedap, layanan bagus and semua yang ada kat sini begitu menarik ye. Tak tipu.


This is for everyone, both old and young, boys and girls, men and women.

Tahap keterujaan yang melampau. 


Firt time datang dah jatuh cinta. In Sha Allah akan jejak lagi kesini. Bagi korang yang nak cuba tempat yang best, cuba lah kat sini ye. Tak mengecewakan. 



DC Comics Super Heroes Café
Lot 5.11 Level 5,
Pavilion KL
168 Jalan Bukit Bintang



Okay. Biasanya lupa nak snap picture makanan satu satu. Lain kali Fyza akan letak gambar berserta harga yer. Senang lah nanti kan bagi sesiapa yang kali pertama jejak kesini.

Khas untuk seseorang tu, terima kasih buat kejutan. Katanya Fyza memang suka tempat gini. N lagi suka bab makan. Hehe. Thanks auuu. Happy sangat ☺️


Okay.
Do visit DC Comics Cafe and let me know what's your favourite dish or drink! THANKS for reading! :)