30 November 2016

Brownies by Fanabakes | Pantai Dalam

Assalamualaikum.


Perkongsian last untuk bulan November. :) 






Tak tahu lah nak menaip macam mana lagi entry kali ni bila fikiran asyik membayangkan setiap gambar Brownies by Fanabakes melalui timeline facebook atau home instagram Si Fana tu. Huh. Boleh meleleh air liur tau.


Fyza dah la hantu kek coklat. Dalam family Fyza tak semua suka kek coklat. Yang lain tu, ada je nak comment. Pahit la, tak sedap lah, manis ya amat la, macam macam. So, bila rasa nak makan kek, kena lah beli sepotong, pastu makan sorang sorang dalam bilik. Hehe.



Tapi sekarang, dah tak perlu buat perangai makan sorok sorok camtu sebab Fyza dah jumpa tempat yang buat kek cukup cukup rasa sesuai dengan tekak Family Fyza. Lagi lagi mak. Mak kalau dah tak suka memang reject habis. Jangan lah memandai mandai lagi nak order ke ape ke. Tapi lain pula dengan Fanabakes ni, buatan sendiri dari Fanabakes ni mampu mengubah cita rasa mak Fyza dari tak suka kek kepada penggemar kek. :)


Kadang kadang siap tanya bila nak order lagi. Hehe

Selain Brownies, ada juga creampuff ! Tang ni tak payah cerita lah. Air liur rasa bertakung dah ni. Hahaha. Creampuff dia lembut, sedap ! Huh. Lagi lagi bila simpan dalam peti ais. Makan time sejuk sejuk tu.. Pehhhhhh. Nikmat tak terkata. Yang ni, ayah Fyza cukup suka. :)


Haaa. Jangan ingat dua jenis je Fanabakes ni ada. Terdapat juga Sotong Seaweed . Rasanya yang ni produk pertama Fanabakes. Rasanyalah. Sambutannya tak disangka sangka. Kalau salah, maaf. Fyza pernah order Sotong Seaweed ni dalam enam botol juga la. Kalau dah strat mengunyah, lagi lagi time tengok tv. Huh. macam lupa diri kejap. Tak boleh berhenti okay. Krup krap krup krap bunyi nya. *Ahhhh. Rasa stress pulak taip entry ni. Huh. Sabar Fyza.




Ade tak yang terliur dekat sini? Haha. Sabar. Ada lagi. 



Selain tu, ada Red Velvet Cheese Leleh (RVCL) , Chocolate Cheese Leleh (CCL) . Yang ni pun Fyza kerap order. Fyza syorkan kat korang. Kalau nak order tu, jangan order satu. Order dalam dua tiga empat lima. Haha. Sebab? Tak cukup kalau satu. Sedap sangat ! Serius. Nanti nyesal lak. Hehe.


Okay. Nak cerita panjang lebar lagi, tapi Fyza sendiri rasa tak sanggup nak terus menaip. Asyik dok terbayang je. Nafsu makan kuat betul lah Fyza ni. Hahaha !




Untuk korang yang nak tahu lebih lanjut tentang Fanabakes ni, boleh lah terus ke Instagram beliau.
Kat situ, macam macam korang boleh tengok. Okay? :)




So harini, bila Fyza cuci cuci mata dekat IG Fanabakes, benci lah. Rasa nak marah kat Fana ni. Ada jela yang baru. Mango Cheese Cake dengan Petite Cheese Tart. Dua dua ni favourite okay. Memang kena try ni. Hehe.


Ha, lupa nak bagitahu. Siapa kat sini penggemar kuih muih tradisional? Angkat tangan. Hehe. Fanabakes juga ada sediakan kuih muih tradisional yang boleh dikatakan susah juga nak jumpa sekarang ni kan. Lagi lagi duduk KL. Yang ni, produk MAKSIAH (mak Fana). Rasanya macam macam kuih ada. Kalau nak, korang boleh contact Fana terus ye.



So korang, jangan lupa singgah disana tau. Sebelum tu, meh tengok dulu dua keping gambar Fyza ni. Hehe.









Okay korang. Terima kasih sudi singgah.:)



Bye.



gadisberlesungpipitdua;)

Tiada ulasan: