11 November 2016

Chicken Chop 4.90 hanya di - Eye's Steak Bazaria Pantai





RM4.90 ? Serius ? Yup serius.


Bukan senang nak dapat set lengkap chicken chop dengan harga serendah RM4.90 okay. Lagi lagi bila kita duduk di tengah kawasan ibu kota, Kuala Lumpur. Dengan kos sara diri yang agak tinggi. Kadang kadang kena budget juga lah kan, Hehe.



Eye's Steak adalah tempat lepak budak Office Fyza. Selalu dengar dorang cerita. Seriously, Tempat ni dekat je dengan rumah Fyza, tapi Fyza tak pernah jejak pun. Hehehe.


So malam tadi baru berkesempatan singgah jap. Itu pun lepas member mengadu lapar. Tak kan nak teman je kan. Confirm lah makan sekali ye tak .Haha .


Sebenarnya agak tak bagus juga lah. Baru balik fitness, dah bakar kalori nak tambah balik lemak dalam badan ? Huh.  Memang cari pasal kan. Huh. Ha, Cerita pasal fitness. Nanti Fyza cerita dekat korang apa je rutin Fyza setiap hari Isnin dan Khamis malam ye. Yang pasti, ianya agak menarik. Rasanya lah. Hahaha !


Okay sambung balik.


Eye's Steak yang terletak di Bazaria Pantai Dalam ini bukan sahaja menyediakan hidangan Chicken Chop semata mata, malah ia turut menawarkan pelbagai menu makanan barat lain yang cukup murah.


Bukan sahaja murah, malah sedap. Lembut sangat ayam dia tau. Ibarat setiap gigitan membawa kenikmatan. Cehhh wahhhh! Hahaha.






Gambar diatas ni, jangan salah faham pulak tau. Kedai ni bukannnya tak sediakan pinggan. Cumanya kakak yang ambil order tu salah dengar je. Order empat chicken chop, satu bungkus. Sekali sampai semuanya bungkus. Aishhh. Member yang tengah lapar tadi tu dah nak marah tau. Selamatlah keadaan terkawal masa tu. Hehe.


Makanan sedap mestilah abis cepat kan. So rasa tak puas lah malam tadi. Mesti kena pergi lagi ni. Hahahaha. "Fyza kalau bab makan memang laju" :p



Untuk  korang yang nak singgah sini, Eye's Steak ni buka setiap hari kecuali Isnin dan mula beroperasi dari jam 6 petang hingga 12 malam. 



So apa tunggu lagi, boleh lah pergi. :)


Bye.
gadisberlesungpipitdua:)


Tiada ulasan: