7 November 2016

DC Comics Super Heroes Café @ KL

Seriously, tetiba rasa teruja nak tulis kisah ni. Haha. "Macam orang baca" :p


Sebab apa? Haaaa


Kepada peminat tegar sesuatu benda mungkin dapat rasa apa yang hati ni rasa. Kan.Eh cehhhh. Hehe.


Okay. To be honest, dari dulu sampai sekarang Fyza minat sangat dengan logo Superman. I dont know why. Tapi memang minat sangat. Minat logo je. Ceritanya tak minat pon. "Pelik bukan" :)


Itu lah . Setiap orang ada minat masing masing. Walaupun minat Fyza ni tak berapa menarik. But i'm still so excited okay ! 


So dari dulu sampai sekarang, koleksi yang ada pon cuma baju je. Yelah kau nak simpan apa je selain baju? Duit pon tak ada nak beli macam macam kan. Cer try beli benda mengarut. Mau mengamuk mak apak korang. Haha ! Kan?


Dalam banyak banyak koleksi baju tu yang paling hargai dan sangat diingati bila ada kawan baik hadiahkan masa hari jadi Fyza empat tahun yang lepas. Dan sampai sekarang still ada dalam simpanan. 


Minat tu terbawa bawa sampai sekarang. Koleksi terbaru stiker and aksesori dalam kereta . Tang ni memang tak dirancang.  Bila kawan baik tanya apa yang Fyza nak  time birthday nanti. So dengan selamber Fyza jawab nak bantal yang letak dalam kereta tapi nak warna pink and ada logo superman. 'Cakap sambil gelak gelak and bayangkan camnelah rupa diakan' 



Nak dijadikan cerita, benda ni bukan sekadar cakap je bila ada kawan yang memang merealisasikan impian Fyza. Wa laawehhhh ! Hahahha. Awak boleh singgah sini kalau nak tengok hasilnya yer. Aksesori Kereta-Superman . 


Haa kalau rasa nak hadiahkan kat someone boleh lah order. Layanan akak ni tiptop okay. Kawan Fyza bagitahu, akak ni akan update apa yang dia buat dekat pelanggan dia. So kalau time tu korang rasa nak ubah apa apa boleh bagitahu cepat. 


Panjang lebar cerita, padahal yang atas tu mukadimah je. Cerita yang sekarang ni baru kena dengan tajuk. 


DC Comics Super Heroes Cafe at Pavillion Kuala Lumpur.



Menu cukup menarik, pelbagai jenis makanan ada dan berwarna-warni dari segi makanan dan reka bentuk menu fizikal itu sendiri. Perkhidmatan agak segera Dan yang paling penting makanan lazat! 



Kafe ini berkongsi pintu masuk yang sama seperti butik itu sendiri. Walaupun perkhidmatan ini segera, korang masih punya masa untuk berjalan dan melihat sekeliling kedai itu sendiri seperti yang Fyza lakukan. Kedai dan restoran mempunyai banyak foto  superhero dan hidup dan jika korang memilih untuk hanya duduk di meja, maka korang boleh menyemak beberapa komik yang mungkin terletak di sekeliling untuk pengunjung untuk membaca. Best kan ?



Perkara yang tak dirancang tu biasanya akan meninggalkan memori yang paling indah kan. Bila seseorang yang korang dah tak jumpa beberapa tahun , Call, Ajak lepak dekat tempat yang tak disangka. Siap cakap, "Fyza kita nak belanja makan dekat satu tempat istimewa' wahhhh. Happy kan?"seseorang tu juga yang hadiahkan baju empat tahu yang lepas :)". Hehe.




Rasa bersyukur bila ada orang buat kejutan kat tempat yang kita tak terfikir. 


Bak kata perpatah. 'Kenyang perut suka hati' lah kannnnnn kannn ?

Serius. Teruja. Makanan sedap, layanan bagus and semua yang ada kat sini begitu menarik ye. Tak tipu.


This is for everyone, both old and young, boys and girls, men and women.

Tahap keterujaan yang melampau. 


Firt time datang dah jatuh cinta. In Sha Allah akan jejak lagi kesini. Bagi korang yang nak cuba tempat yang best, cuba lah kat sini ye. Tak mengecewakan. 



DC Comics Super Heroes Café
Lot 5.11 Level 5,
Pavilion KL
168 Jalan Bukit Bintang



Okay. Biasanya lupa nak snap picture makanan satu satu. Lain kali Fyza akan letak gambar berserta harga yer. Senang lah nanti kan bagi sesiapa yang kali pertama jejak kesini.

Khas untuk seseorang tu, terima kasih buat kejutan. Katanya Fyza memang suka tempat gini. N lagi suka bab makan. Hehe. Thanks auuu. Happy sangat ☺️


Okay.
Do visit DC Comics Cafe and let me know what's your favourite dish or drink! THANKS for reading! :)







Tiada ulasan: