17 November 2016

Halloween Di Tony Roma's Restaurant




Tony Roma's NU Sentral






Beberapa minggu yang lepas, my patrner gossip macam biasa lah. Ajak bergossip sambil jalan jalan cari makan. Dapat pulak member yang suka makan ditempat yang baru, so agak bertuah lah disitu ye. Hehe



Disebabkan tempat ni pun baru bagi Fyza, so Fyza nak kongsi sikit pasal tempat makan yang Fyza tak pernah pun terfikir nak masuk. Kalau lalu pun tak pernah pandang. Jeling jeling pun tak.Cett . Haha. Kejam :p Sebab apa? Bukan tak best. Tapi tempat dia agak sedikit suram. Dan macam takut je nak masuk. Haha.



Korang jangan lah risau okay. Tak ada pape pon. Dah masuk, everything to be okay. Hahaha. Memang suasana restoran tu camtu. Lampu yang tak terlalu terang menyebabkan kita rasa macam privacy sikit makan kat sini dengan suasana yang suram suram gitu dan sangat selesa sebenarnya ye. So itulah tarikan restoran ni kan. Unit !




So yang menjadikan restoran ni lagi unik. Bila dorang sambut Holloween. Awak ! Tahu tak apa yang berlaku time ni. This is first time Fyza jejak sini. Kan Fyza bagitahu tempat ni macam suram. Bila dah masuk ditambahkan tempat yang agak seram. So? Ya Allah. Tak tahu nak gambarkan macam mana.



Bila kita masuk satu restoran yang penuh sawang. Lagu dia pun menyeramkan. Pastu siap ada patung berupa hantu. Dengan semua staff make up macam hantu.  Crazy okay ! Dh la Fyza ni jenis penakut. Huh. Terus keluar okay. Pastu dapat pulak member yang jenis paksa. Nak tak nak kena masuk balik . Huhu. Rasa nak menangis.



Huh. I'm try untuk kawal rasa takut tu. Benda tak ada apa pun. Fyza je yang penakut gila. Hahahaha. Member siap tanya "Fyza okay tak" Confirm la i tak okay kan. Lagi mau tanya. Hehe. But semua tu dilupakan bila makanan dah terhidang depan mata. Haha !



Overall, tempat ni memang okay and makanan memang sedap. Harga pulak tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Cuma bagi Fyza, ianya agak mahal . Hahaha ! Tapi berbaloi. Makanan banyak. Satu makanan boleh dua orang makan. Dan yang best, lepas je order dorang akan bagi roti macam french loaf tapi size mini untuk dimakan dengan garlic butter. Walaupun ini free, Fyza tetap rasa benda ni sedap. Hehe.





Staff kat sini semua okay. Ramah. Memang terbaik. Serius, Fyza tak nak pun bergambar. Tapi ada pulak yang tarik. OMG ! Hehe. 




Okay. Kesimpulannya, makanan dan minuman kat sini memang best and maybe kena try lagi menu yang lain pula. Dan HAlloween dorang memang gembak. Macam real. So Fyza bagi 8/10 for this restaurant. Enjoy ur meal :)

Sekian saja post untuk kali ini. TQ for reading :)



Ikhlas :
gadisberlesungpipitdua:)




Sekian saje post utk kali ini.TQ for reading =)

Tiada ulasan: