11 November 2016

Tempat Kegemaran Bila Lepak - Tappers Cafe Bangsar South





Tappers Cafe.






Boleh dikatakan tempat famous juga la. Cafe ni merupakan cafe paling favorite bila lepak dengan kawan kawan. Bila dah tak tahu nak lepak mana. Kawan mesti cakap jom lepak Tappers. Kemain kannn. Tak ada pulak jawab lepak medan ke, bazaria ke. Haha. Belagak kaya. Cetttt.


Lagi pun lokasi Tappers Cafe ni dekat sangat dengan rumah. Jalan kaki dalam 5 minit sampai dah. Kalau mak malas masak pun, ajak makan sini jela. Nak tunggu Fyza masak memang tak tahu bila rajin nya. Hehehe.


First time lepak sini pun, Fyza yang suggestkan dekat kawan kawan untuk try Cafe ni. Sebab tertarik dengan deko deko dia. Cafe ni sangat cantik. Susun atur yang kemas dan semuanya berwarna putih. One of my favorite colour.


Cafe ni berkonsepkan santai. So kalau lepak tempat santai santai kan best. Lagipun lokasi dekat dengan rumah ni tak ramai orang sangat. Maybe dia terletak agak tersorok sikit, hujung pula tu. so nak nampak dari jauh agak susah sikit la.


Makanan kat sini kebanyakkannya wastern food. Makanan melayu macam nasi lemak, ayam masak merah pun ada juga.


Dah nama pun tempat lepak kan. Biasanya orang kalau lepak mana ada makan makan sangat. Paling tidak pun minum air. Apa je air yang Fyza selalu order yer? Jeng jeng jeng. Hahahha.



Soda Goo Leng Ping. 

Haaaa. Gempak tak nama dia? Mesti tak pernah dengar kan. Tapi sebenarnya tu air Sirap bandung tambah soda je pun. Hahahah. Cerita nak gempak je kan. Tapi tapi tapi. Rasa dia memang sedap ! That why kalau lepak sini minum air ni je.




Banyak juga menu lain. Tapi tekak tertarik satu je. Hehe. Korang boleh lah try mana yang korang suka ye. Selain Tappers Cafe, Bangsar South , Cafe ni bertapak kat banyak tempat. Antaranya Setia Walk Puchong, Setia Alam, Cyberjaya, Petaling Jaya dan juga Setapak. Tempat lain tak pasti la . Boleh tahan juga cawangan dia kan.


 So pada siapa yang berada di kawasan yang berhampiran, boleh lah lepak disini ye.Dan yang paling best harga yang sangat berpatutan. Kalau makan dalam tiga orang baru RM40++ . Murahkan. Nak belanja kawan pon boleh la kan. Hehehe.



Service pun bagus. Mesra dan cepat.



Okay. Jalan jalan cari makan pun pernah tau datang sini. So Tak mustahil la Cafe ni juga berada dalam salah satu list korang kan. :)



Nak tahu lebih lanjut lagi pasal Tappers Cafe, Boleh lah klik SINI .


Okay. Itu saja. Thanks singgah sini. Before korang gerak tu, mehh Fyza belanja korang gambar Rara and Bella. :)



Geng tiga  K. Kelantan, Kuala Lumpur, Kedah. :)


Bye.
gadisberlesungpipitdua:)



Tiada ulasan: