2 Disember 2016

Again | Murni Discovery

Assalamualaikum.


Entri makanan lagi. Kali ni nak review restoran yang sama cumanya cawangan yang berbeza ☺️ Mana lagi kalau tak bukan Restoran Murni Discovery.  Memenuhi kehendak teman yang nak sangat makan spaghetti. Kena la layankan juga. Sebab dia pun kerap layankan perut Fyza ni. Hehe.



Before ni Fyza dah pernah review pasal Murni ni. Korang boleh baca kat sini ye.



Makanan minuman dia tetap sama ye. Tiptop.







Okay bagi siapa yang tak pernah ke sini, kedai ni hujang sekali tau. Kena masuk area shop lot sampai ke hujung jalan. memang terletak paling hujung. Kalau dah nampak Kuil hindu tu dah betul la tempat dia. Pastu boleh nampak ICT. :)

Pemandangan yang indah kah ? :)


Okay nak warning awal awal. Mana mana cawangan Murni Discover ni, memang ramai memang padat. Lagi lagi dekat Shah Alam ni. Kiri kanan tempat student kan. So, sini salah satunya tempat melepak student la ye. Mohon bersabar la ehh kalau seat penuh, and kalau waiter lambat sampai, tolong tunggu dulu yer.


But korang jangan risau. Maybe staff disini dah terbiasa dengan pelanggan yang ramai. Makanya sedaya upaya dorang akan siapkan hidangan dengan pantas nya. so, tak ada lah nak menunggu lama.



Okay korang. Itu saja nak cerita.:)

Nah alamat untuk Murni Discovery Shah Alam.


- SHAH ALAM
ACG-47, Block A,
Jalan Plumbum AC7/AC,
Pusat Komersial Seksyen 7,

40000 Shah Alam.


Apa yang Fyza perasan, jalan plumbum ni terlalu banyak kedai makanan ye. Burger Zizan Razak pon ada kat sana. Wahhh. Dalam hati, kena cuba kesemuanya ni. Hehe.


Okay.

Thank sudi singgah.

Bye.
gadisberlesungpipitdua:)

Tiada ulasan: