9 Disember 2016

Cik f1224h Berlari | Ice Watch Night Run

Assalamualaikum and Hello everyone. 😍


03.12.2016 (Sabtu ) 

Lokasi : Plaza Shah Alam




Rasanya agak lambat tak untuk menaip kisah ni? Hampir seminggu juga dah berlalu ye. Lambat betul kan. Hehe.



So, nak cerita sikit la. Sabtu lepas Fyza terlibat dalam larian ICE-WATCH - Light Up The Night Run 2016. Ini bukan lah kali pertama Fyza terlibat dalam larian tau. Sebelum ni banyak juga. Cuma nya ,ini kali pertama Fyza berlari waktu malam. Excited kaw ! 




Yang paling excited, ICE-WATCH - Light Up The Night Run 2016 memberi peluang kepada setiap pelari memilih sendiri T-Shirt larian mengikut warna kegemaran . Terdapat tujuh warna yang ditawarkan iaitu, : biru, hijau,merah, merah jambu, oren, unggu dan kuning. Fyza pilih merah jambu. (warna favorite tu) 😊 



Before ni, kalau terlibat dengan mana mana acara larian, biasanya Fyza pergi sorang sorang je. #solorunner giwtuuu. Kali ni Fyza bawa kawan. Yela, malam kan. Nak dapat perlepasan dari Mak Abah tu susah. Hehe.



Larian yang bermula di kawasan hadapan Plaza Shah Alam dan berakhir disitu juga sejauh 5KM dan 10KM. Korang boleh lah pilih jarak larian yang sesuai untuk korang. Macam Fyza pilih 5km je. Lari suka suka (banyak berjalan sebenarnya) :p




First time nampak iklan Ice -Watch ni dekat Facebook, rasa betul betul teruja. Dalam hati nak sangat join. Mungkin dah namanya rezeki, dua hari sebelum nak g amik baju, Fyza dapat mesej dari staff Ice Watch kot. Yang Fyza ni dapat cabutan bertuah. Alhamdulillah. Tapi mula mula tu macam tak percaya la. Bila time nak amik baju tu, baru lah percaya. Tak sangka sangat. Alhamdulillah.




Tak kisah la kalau orang cakap kat luar pun boleh dapat jam macam ni. I dapat kat butik dorang wehh. So? Murah ke mahal ke, bukan senang orang nak bagi free tau. Alhamdulillah, bersyukur sangat tau :)



5km nampak macam dekat je kan. Hakikatnya Fyza amik masa dalam sejam juga nak menghabiskan larian tu. Ingatkan boleh la balik cepat, tapi tak. Nak amik medal pun beratur panjang sangat. Huhu. Kena la menunggu. Mujur ada geng sembang. Menyembang je kijo dio. Haha.





Alhamdulillah, settle 5km run. 


Okay, running juga merupakan hobi yang sering Fyza lakukan untuk mengisi masa lapang. So korang, agak agak tak de benda nak buat, boleh nak join mana mana run ye. Best tau. Semua orang boleh join, Yang plus size tak dikecualikan tau. Fyza tengok ramai je join. Yeahhh. Tahniah buat kalian. :)



Peringatan disini. Memang, kadangkala orang akan cakap, ala rileks la 5km aje pun tapi bukan calang calang orang yang ada semangat nak berlari okay. So berbangga lah dengan diri korang yang berjaya menghabiskan setiap larian. Yeahhhh. Tahniah lagi sekali. :)



Okay, Time collect baju tu, dia ada bagi beg. Dalam tu ada macam macam tau termasuk voucher jam RM99.00 . Normal price RM699.00 ! OMG ! Jimat 600 kannn. So time ni, rezeki Fyza lagi, satu voucher boleh guna lebih dari satu. Apa lagi, Fyza borong la. Hehe. Rezeki Allah. Alhamdulillah.



Okay, selesai untuk Ice Watch night Run and selesai juga memborong jam jam ni. Hehe. In Sha Allah, kalau ada lagi tahun depan , nak join lagi. Hehe.



Thanks for reading.

Bye.
gadisberlesungpipitdua:)





Tiada ulasan: