11 Disember 2016

Cik f1224h dari Perlis ke Pulau Pinang

Assalamualaikum.❤




Sambungan dari Entry sebelum ini. Siapa yang baca tu , mesti lah tahu apa yang Cik f1224h bakal bebelkan. Ye tak ?  Hehe. Pada yang belum baca tu. Macam biasa. Just TEKAN NI :) ye.




Misi mencari penginapan sekitar Perlis. Al maklum lah tak biasa datang Perlis. Selok belok dekat sini pun tak berapa nak tahu. Last datang tahun 2012. Empat tahun dah masa berlalu. Dan empat tahun tu juga menyebabkan ingatan ini semakin merundum ke camne tak tahu la. Haa.  *merepek je keje.:p




Pusing punya pusing. Akhirnya Zafri bersuara. Jom jela balik KL. What ? Huh. Penat berangkut, penat lagi tak tidur lagi last last balik KL? Ohhh noo. Tapi dari wajah Zaf tu, serius. Memang tekad nak balik KL je. Maybe dah mati kutu nak fikir tidur mana. Ye tak? Okay faham.*keadaan menjadi senyap seketika.



Perjalanan diteruskan sampailah perhentian Gurun. Rehat sebentar. Dan lagi sekali kitorang mandi dalam toiled. (hari yang sama waktu yang berbeza. Dua kali mandi kat sini ye. Hehe. Pengalaman yang tak akan dilupakan.



So, lepas je solat maghrib, kitorang teruskan perjalanan. Sampai lah dah masuk ke Pulau Pinang. Bila Zaf bersuara lagi. Jom g makan. Lapar. Dan kitorang pulak bersuara. Jom makan ikan siakap. Wah. Masa ni semua dah berangan ikan siakap masak ape tau. Haha. Dan akhirnya sampailah disini. 









Teh Ais. Nasi putih. Ikan siakap tiga rasa. Sotong goreng tepung. Sayur kailan goreng belacan. Telur dadar. Tiga orang punya makan. Itu sahaja. Yes ! Siap. Jemput makan ye. :)


Fyza tak ingat pula apa nama kedai ni, and dekat mana. Hehe. Nama dia cam pelik je. :p



Macam biasa lah. Bila perut memasing dah penuh, tahap mengantuk pun dah tiba. Menguap memanjang. Lagi lagi dah masa pukul 11. Memang mengharapkan bantal, tilam la ye. Hehe. Akhirnya kami sebulat suara untuk stay sebentar di butterworth . 



Nak cari bilik time camni bukan mudah. Untung ada internet. Tanya pakcik google la. Last last dapat. Dengan harga yang berpatutan okay la ye untuk tidur mandi kan.





Keesokkan harinya. Khamis . 24.11.16.




Selesai je solat subuh, try waze Bukit Bendera. Nak tengok jauh ke tak.Tengok tengok , Dalam 40minit je. Tempat ni Fyza nak sangat pergi. Alhamdulillah. Nurol and Zaf penuhi pemintaan Fyza. Thanks korang.






Zaf yang tolong amik gambar ni. Cantik kan? :)



Ni pun kali kedua Fyza jejak bukit bendera. Banyak betul penambahannya. Salah satu nya lock ni la. Sesuai untuk orang yang honeymoon or tengah hangat bercinta. Nak acah acah lock lock nama pasangan boleh la buat.


Fyza lak tak tahu nak tulis nama siapa. Hahahaha.



Banyak lagi gambar yang diambil. Dari perbagai sudut. Tapi gaya memanjang sama. So malas la nak letak dalam ni . Haha.



Walaupun time yang Fyza and kekawan g ni, waktu bekerja. Bukit Bendera tetap padat okay. Kena beratur panjang. Train pun lambat sampai. Kena menunggu lagi. Selamat lah Zaf tak merungut. Yela. Lelaki kan. Mana nak hadap sangat tempat tempat camni. Kita yang perempuan je beria. Hehe. Apa apa pun thank you Zaf !




So nak jalan lama lama pun tak boleh. Bila tengok langit dah mendung. Baik lah kita beransur pulang ye. Nak turun dari Bukit Bendera ni pun kena beratur juga. Ramai laaa orang.



Bila dah turun, mesti perut lapar kan. Apa lagi. JalanjalanIsiPerutf1224h la ye. Hehe. Makan je keje Dak Fyza ni ye.:p


Dekat Penang ni, makanan best dia adalah nasi kandaq and pasaboq. So, ronda ronda lah cari tempat makan yang sedap.  Last last jumpa lah dekat Padang Kota Lama. 



First time Fyza makan pasaboq. Memang sedap pon. 




Before gerak tu, bergambar la kejap dekat tepi ni. Cantik sangat pemandangan dia. Nak lepak lama lama tak dapat. Perjalanan nak ke KL masih jauh kan. So, batalkan jelah niat tu.




So, impian Nurol nak ke Gua Kelam ,Perlis tercapai. Fyza nk ke Bukit Bendera pun tercapai juga. Agaknya apa impian Zhafri ye?



Huh. Zaf nak sangat makan nasi kandar. Tapi kitorang tak dapat lah nak penuhi impian dia tu. Cuaca tak mengizinkan. Nak mencari pun tak tahu nak cari kat mana. Masa ni pun dah pukul 3.30 petang. Kalau lambat gerak, lambat lah sampai KL ye. Sorry ye Zaf. :(



Lain kali kita p lagi ye. Huhu.





Itu saja nak cerita. :)


Bye
gadisberlesungpipitdua:)







Tiada ulasan: