15 Ogos 2017

Hati yang Tak Terjaga

Assalammualaikum pembuka kata
Kata dari seorang yang terluka
Siapa lagi penaipnya
Kalau bukan dari gadisberlesungpipitdua


Aku tidak pandai bermain kata
Hanya tahu menaip sahaja
Kisah aku bukan kisah yang seronok dibaca
Cuma perlu hayati dari hati yang sedalamnya


Setiap orang inginkan bahagia
Mengharapkan bahagia kekal bersamanya
Lupa dugaan itu sentiasa ada
Akhirnya tewas tanpa pemenangnya


Kisah lalu diungkit sentiasa
Maki hamun dikala kemarahan membara
Tanpa sedar ada yang terluka
Membuatkan hati terus kecewa


Sedar akan kesilapan sendiri
Lalu memohon maaf berkali kali
Maaf diterima dari hujung rambut hingga ke kaki
Tapi malangnya diri telah dibenci


Terlalu banyak drama yang dicipta
Akhirnya pendam dalam duka
Sedangkan hati ini tidak terjaga 
Sentiasa telan bertemankan air mata


Air mata turun tanpa hentinya
Mengenangkan kisah lama
Banyak yang sama tiada bezanya
Membuatkan ketakutan terus berleluasa


Sungguh aku sangat kecewa
Setiap kata menikam jiwa
Hati betul betul terluka
Hati yang tak terjaga













27 Julai 2017

Party Bujang Kakpy

Throwback aja ni. Cerita nya Si cantik manis telah pun menamatkan zaman bujang nya pada bulan March yang lalu. Alhamdulillah selesai majlis . I lah pengapit dia ! Haha 


Yang Diraikan : Efa aka Kakpy
Crew : Pija & Mas
Lokasi : Chili Espresso, Nexus (staff dorang terbaik! Thanks)
Tema : Putih Biru. 
Semestinya yang diraikan kena pakai lain dari lain lah kan :) 






26 Julai 2017

Party Bujang Mas2ra


Meraikan hari hari terakhir Mastura Zakaria berstatus bujang ❤❤




Bakal Pengantin : Mastura
Crew : Pija & Efa
Lokasi : Full House Restaurant , Sunway Pyramid
Tema : Pink & Black 



7 Julai 2017

Cik f1224h join Gold Class Raya : Skincare & Makeup Workshop

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤


Syukur kepada Allah untuk kesempatan dan peluang yang satu ini.


Alhamdulillah. Bulan lepas (10 June 2017), Dengan izin Allah, akhirnya dapat juga Fyza join kelas makeup from PINKBOXCEREAL . Kelas Si Cantek manis, Shaf yang kuat membebel tu. Hehe. Mesti ramai yang kenal dia kan. Fyza juga tak kecuali.




Ini owner PINKBOXCEREAL . Shaf. Cantek kan dia :)

Sedikit sebanyak pengenalan macam mana Fyza boleh tahu about pinkboxcereal ni. First time Fyza tertarik dengan warna warna pink yang dia tonjolkan. Serius Fyza memang suka warna pink. Terlalu minat sampaikan semua benda nak warna pink. And then, Shaf ni ada jual barangan penjagaan muka, So kalau beli, barang sampai dengan satu kotak pink yang cantek. Beli satu item pon dapat juga tau. 

Start shopping kat Shaf ni, hujung tahun lepas sampailah sekarang. Dah banyak pink box yang Fyza simpan tau. :)


Before ni Fyza selalu tengok video video dia.  Fyza suka cara dia yang selalu share tips tips yang berguna tentang penjagaan muka dan sebagai nya. And sejak tu , Fyza memang dah tanam niat nak join kelas dia. Alhamdulillah. Terlaksana juga :)


Salah satu faktor nak sangat belajar make up ni, ingatkan time majlis tunang nanti nak make up lah sendiri. Konon nya. Tapi rezeki yang tak disangka, tetiba ada sahabat datang then di tepek tepek nya muka kita ni. Hehe. (yang tu nanti Fyza share ye)





Ini antara kawan kawan yang join pada  10 june tu. First time lah Fyza join satu benda tanpa ajak orang temankan. Hehe. Sebab fikir, kita memang kena belajar. so redah je lah. Huhu





Kawan dari jauh ni. Dari Sabah. Disebabkan keinginan yang kuat dalam bidang kecantikan, jauh dia terbang. Bagus. :)


Nak make up ni kan, tak semestinya kena berharap 100% pada minat. Kalau tak reti make up pun sebenarnya kena join juga kelas yang macam ni. Iyelah. Kita belajar sesuatu bukan nya sekadar tengok je. Mesti kena praktis kan.So, time join kelas ni, dorang akan ajar cara yang betul. Sebab tang muka ni, bukan nya boleh sebarangan sentuh tau. Ada juga cara cara nya. Nak tahu? Kena lah join hehe. :P


Kalau Fyza share karang takut salah lah maklumat. Haha.


Tak semestinya kena join kelas shaf je. Banyak lagi MUA kat luar sana kan. Apa kata rebutlah peluang. Nak cantek kena ada usaha. 





Satu satu Fyza minat cara makeup shaf ni, dia punya make up natural sangat. Tak sarat. Lagipun Fyza memang lah tak suka makeup yang sarat sarat ni. Over naw. :p




Ha, nampak kan yang ni, macam tak makeup je. glow glowing gitu . Haha. Yang paling best Shaf bebel kat depan, Fyza lak tepek tepek sendiri dan hasilnya sangat memuaskan. Suka sangat.



In Sha Allah, ada rezeki nanti leh join lagi. 


Okay. Itu saja nak cerita .

Bye.
Cik f1224h
gadisberlesungpipitdua:)

28 April 2017

Cik f1224h Menaip

Assalamualaikum & hello Everyone ! ❤



Entry pertama untuk tahun 2017 :). Yeahhhhh. Dah nak masuk bulan May kot. Baru berkesempatan mengadap blog yang dah bersawang ni. Bukan setakat bersawang. Malah nak runtuh dah. Haha. Yelah kan, bukan nya ada pelawat ponggggg. :p


Blog yang tak famous ni, mana la ada yang sudi singgah. Khenn. Kalau ada, alhamdulillah. Terima kasih. :) So untuk tidak menampakkan blog ni dari terus bersawang, kita update lah apa apa yang patut ye. Salah satu jadikan ia sebagai dairi pon okay juga khenn. 


Okay. Selama empat bulan meninggalkan blog ni, apa je yang berlaku dalam kehidupan Kakak dari segi pencapaian tu, berat badan je yang meningkat. Yang lain tak nampak. Haha. Itu je perubahan besar yang paling ketara. *Kutukdirisendiri. Hiking tak tinggal. Fitness selalu. Makan tak ingat, mana lah nak kurus khenn. Adehhh. Ditambahkan lagi dengan MC sebulan lebih, makan tidur makan tidur, macam tak nampak dah bayang bayang nak kurus tu. 


Hehe. Macam macam kan. 


Dulu time PC office ni tak betul, rajin gila menaip. Semangat membuak buak tau. Tengah syok menaip PC terpadam. Nak tunggu dia hidup balik mesti amik masa dalam dua tiga jam gitu. Bile dah on tengok balik enrty yang dah taip tu, hampa. Tak save pongg. Haha.


Sekarang PC dah okay. Malas pulak nak menaip. Hehe. Kadang kadang tu tak tahu nak mula dari mana. So, harini kita mulakan balik la ye. Nak tunggu betul betul rajin tu tak tahu bila. Hehe.


In Sha Allah, banyak cerita yang bakal diceritakan. Salah satu nya nak kongsi pengalaman bila Kakak nak kenalkan seseorang kepada keluarga. Lagi lagi Abah. Dia punya dupdapdupdap tu, boleh murung lah kejap. Haha.


Nanti Kakak kongsi ye.


Sebelum Kakak akhiri cerita ni. apa yang Kakak nak ingatkan pada sesiapa yang singgah disini. Juga pada diri Kakak sendiri. Pegang lah. Tekad lah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Dan. Setiap dugaan itu pasti ada kemanisan. In Sha Allah. Apa yang pernah Kakak lalui, memang telah membuktikan bahawa Janji Allah itu pasti. Cumanya kita sebagai hamba ni, kena sentiasa sabar. 


Bersabar lah selalu. Kerana setiap kesabaran itu akan diberi ganjaran. :)


Okay.

Bye.❤
gadisberlesungpipitdua:)