26 Mei 2017

Kasih Sayang Yang Tidak Terhingga

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




-SYURGA-
TIADA YANG LEBIH BERMAKNA SELAIN TERUS BERADA DISISINYA :)


Emak.
Alhamdulillah, aku beruntung punya seorang Mak yang bukan sahaja berperanan sebagai seorang mak, malah sebagai sahabat baik.

Dilahirkan sebagai seorang anak perempuan tunggal itu sebenarnya agak mencabar. Bila dikelilingi dengan teman teman yang mempunyai adik beradik perempuan yang lain. Kadang kala aku cemburu.

Pernah juga aku bertanyakan pada mak. "Kenapa kak lang tak ada kakak atau adik perempuan. Kan best kalau ada kakak. Semua benda kaklang boleh cerita" setiap kali soalan itu diajurkan, maka Mak akan memjawab. " Allah tak bagi Kak lang kakak tu sebab Allah nak kak lang sentiasa dengan mak. Jadikan mak bukan sahaja sebagai Mak, malah jadikan sebagai seorang kakak, kawan yang baik juga pendengar setia.


Yup. 
Pendengar setia,

Aku akui. Mak memang pendengar yang setia. Alhamdulillah. Aku punya mak yang sangat sporting. Walaupun tegas, garang, mak still ada dikala aku memerlukan. Mak mahu je dengar apa yang aku nak luahkan. Apa sahaja. Persahabatah, percintaan, persekitaran, semuanya lah. Tiada rahsia. 


Malah mak selalu berpesan. "Kak lang jangan salah pilih orang untuk bercerita. Tak semua orang akan simpan cerita kita baik baik." (lebih kurang camtulah pesanan mak.Walaupun aku tak ingat ayatnya. Tapi point dia, JANGAN CERITA DEKAT ORANG LAIN! Sampai sekarang aku pegang benda tu. Kalau nak  cerita cerita  benda perlu je. 


Dari dulu aku fikir dan tekad dalam hati, Mak adalah segalanya bagi aku. Mak adalah nombor satu bagi aku. Setiap apa yang aku lakukan, pasti mak yang aku utamakan. 


Aku nak , merasa puas saat bersama mak. Berasa cukup puas. Supaya saat aku berjauhan nanti aku tak terkilan.


Aku ingat lagi saat aku menyambungkan perlajaran di Kedah. Dulu belum ada lagi whatsapp. Wechat pon tak ada. Call guna kredit. Serius memang aku topup rm10/rm20 camtu sebab nak bergayut dengan mak je.


Bende tu terbawa bawa sampailah aku kerja.

Setiap kali lunch hour, aku call mak dulu. Sampai lah kakak kakak kat tempat kerja tu cakap aku bergayut ngan pakwa. Hahaha. Mak aku lah tu pakwa aku, :p Pakwa yang tidak akan pernah menyakiti hati aku. :)

Aku tak kan pernah menghampakan mak. apa yang mak nak sedaya upaya aku tunaikan. Aku terlalu sayangkan mak. 

Punyalah terlalu kuat kasih sayang nya itu, Mak dapat rasa saat aku bersedih.Tak perlu aku cerita kan apa apa, mak akan terus peluk aku. Dan time itu hanya air mata yang mengalir.


Begitu juga aku. Kalau mak sedih, aku juga dapat merasakan kesedihan itu. 


Ya Allah, terima kasih kurniakan seorang mak yang sentiasa ada disisi. Baik suka duka, jatuh bangun, tetap ada memberikan semangat. Alhamdulillah.


Seriuslah . Kalau cakap je pasal mak, jiwa hati aku ni sangatlah tersentuh. Alhamdulillah. Allah masih pinjamkan aku seorang Mak yang sangat penyayang. Aku berharap Allah panjangkan usianya dan pinjamkan Mak pada aku selamanya. 





Mak terima kasih. Jadi mak yang terbaik dalam hidup kak lang. Ada sentiasa dengan kak lang. Bagi semangat , bagi pendapat, semuanyalah. MAk tak pernah menghampakan kak lang. Terima kasih jadi kawan terbaik pada kak lang.  Kak lang sayang kan emak.


Banyak lagi yang nak diluahkan disini. Tapi hati tak mampu. Terlalu banyak perasaan yang hadir ketika ini. Mungkin sebab aku bakal berkahwin kot macam macam lah aku fikir. Haha.



YA RABB Engkau peliharalah Ibu ku. Ampunilah dosanya. Berilah kekuatan pada aku untuk membalas jasa Ibu yang tak terhingga. Sesungguhnya aku amat sayang kan dia. Amin.


Esok kita akan berpuasa kan. Selamat menyambut bulan Ramadhan. 
In Sha Allah, kalau dipanjangkan usia, tahun ni pegang status bujang. :p
Semoga dipermudahkan segalanya. Amin.


Bye.
gadisberlesungpipitdua:)