7 Julai 2017

Cik f1224h join Gold Class Raya : Skincare & Makeup Workshop

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤


Syukur kepada Allah untuk kesempatan dan peluang yang satu ini.


Alhamdulillah. Bulan lepas (10 June 2017), Dengan izin Allah, akhirnya dapat juga Fyza join kelas makeup from PINKBOXCEREAL . Kelas Si Cantek manis, Shaf yang kuat membebel tu. Hehe. Mesti ramai yang kenal dia kan. Fyza juga tak kecuali.




Ini owner PINKBOXCEREAL . Shaf. Cantek kan dia :)

Sedikit sebanyak pengenalan macam mana Fyza boleh tahu about pinkboxcereal ni. First time Fyza tertarik dengan warna warna pink yang dia tonjolkan. Serius Fyza memang suka warna pink. Terlalu minat sampaikan semua benda nak warna pink. And then, Shaf ni ada jual barangan penjagaan muka, So kalau beli, barang sampai dengan satu kotak pink yang cantek. Beli satu item pon dapat juga tau. 

Start shopping kat Shaf ni, hujung tahun lepas sampailah sekarang. Dah banyak pink box yang Fyza simpan tau. :)


Before ni Fyza selalu tengok video video dia.  Fyza suka cara dia yang selalu share tips tips yang berguna tentang penjagaan muka dan sebagai nya. And sejak tu , Fyza memang dah tanam niat nak join kelas dia. Alhamdulillah. Terlaksana juga :)


Salah satu faktor nak sangat belajar make up ni, ingatkan time majlis tunang nanti nak make up lah sendiri. Konon nya. Tapi rezeki yang tak disangka, tetiba ada sahabat datang then di tepek tepek nya muka kita ni. Hehe. (yang tu nanti Fyza share ye)





Ini antara kawan kawan yang join pada  10 june tu. First time lah Fyza join satu benda tanpa ajak orang temankan. Hehe. Sebab fikir, kita memang kena belajar. so redah je lah. Huhu





Kawan dari jauh ni. Dari Sabah. Disebabkan keinginan yang kuat dalam bidang kecantikan, jauh dia terbang. Bagus. :)


Nak make up ni kan, tak semestinya kena berharap 100% pada minat. Kalau tak reti make up pun sebenarnya kena join juga kelas yang macam ni. Iyelah. Kita belajar sesuatu bukan nya sekadar tengok je. Mesti kena praktis kan.So, time join kelas ni, dorang akan ajar cara yang betul. Sebab tang muka ni, bukan nya boleh sebarangan sentuh tau. Ada juga cara cara nya. Nak tahu? Kena lah join hehe. :P


Kalau Fyza share karang takut salah lah maklumat. Haha.


Tak semestinya kena join kelas shaf je. Banyak lagi MUA kat luar sana kan. Apa kata rebutlah peluang. Nak cantek kena ada usaha. 





Satu satu Fyza minat cara makeup shaf ni, dia punya make up natural sangat. Tak sarat. Lagipun Fyza memang lah tak suka makeup yang sarat sarat ni. Over naw. :p




Ha, nampak kan yang ni, macam tak makeup je. glow glowing gitu . Haha. Yang paling best Shaf bebel kat depan, Fyza lak tepek tepek sendiri dan hasilnya sangat memuaskan. Suka sangat.



In Sha Allah, ada rezeki nanti leh join lagi. 


Okay. Itu saja nak cerita .

Bye.
Cik f1224h
gadisberlesungpipitdua:)

Tiada ulasan: